Assalam..
First skali aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat xkira di mana jua anda berada..haa..konon2 aku kat perantauan pulak kan.hehehe.
okla, sebenarnye nak cerita pengalaman time short sem hari tu..haa..xyah terkejut kot kenapa aku amek short sem..xkesa la ape pun sebab nye ada banyak kenangan manis :)
Mula2 sampai uia memang aku dah menangis dah...haha. Macam first time pulak kena duk jauh dgn family. Tapi memang sedih sebabnye rasa lonely sgt. Dah la ramai xdatang lagi. Duduk pulak tingkat 4 kat maimunah yg hanya ada penghuni 3 bilik je. Sedih woo..Ditambah pulak dengan kurang kasih sayang( ok yg ni tolak ke tepi)haha..
Dipendekkan cerita, selepas ramadhan semuanya bertukar menjadi SERONOK..ha nmpk x aku caps lock tu..hihihi. Kteorg kat sini semuanya mula2 rasa mcm sedih la kena ramadhan kat u. Orang lain sume syok berbuka, bersahur dan bertarawih bersama keluarga tercinta..Tapi, Allah itu Adil. Dia xkan uji hamba2Nya tanpa bagi ganjaran. Btul x?? wabassyirin soobirin..:)
So, here we go! Mula2, bilik sebelah aku la semangat beli induction cooker,periuk,kuali and mcm2 lagi. Yang aku pulak memang dah bawak rice cooker sejak azali lagi.hihhi.(padahl bende terlarang kot)..Then, ketua kteorg pun g beli bahan2 basah and bahan2 asas untuk masak. Disebabkan short sem, so duit pun mestila short jugak kan..sebab tu la kiteorg mengambil inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Jadi, semua kos akan dibahagikan sama rata untuk dibayar bersama. Haaa kat sini dah ada satu bende bagus iaitu PERMUAFAKATAN. (eh betoi ka eja?)
Next! ok, sekarang ada ajk yg dilantik menjadi chef. Memang time ni la skill memasak masing2 perlu ditonjolkan.hahaha.Memang tahniah kepada barisan chef2 kite sume. Semua memang pandai masak. Aku? tukang masak nasi goreng, sardin roll, telur dadar, begedil, air bandung boleh la.. Kawan aku budak kelantan, pandai masak tomyam, sup ayam, mee bandung( sedap sgtt!) and mcm2 lagi. Gabungan msakan dari kawanku org johor pulak, pun sama hebat! haish untung sape kawin dgn dorang ni.ehehe.promote2.
Ada jugak pndai buat pancake.sedapppp xterkata..Lupe pulak, ajk bahagian air. Memang setia jerang air, buat air teh and mcm2 lagi..tahniah juga kepada ajk preparation and technical.haha. Dorang memg setia setting tempat berbuka kat bilik aku..sebab bilik sebelah jadi tempat masak. Dorangla yg sggup kumbah stor semata2 nak cari tikar,pinggan,cawan. Last skali, ajk basuh pinggan, mop lantai. Yang ni aku tengok, sume nye ringan tulang. Paham2 la sape yg "ABC" memang akan volunteer untuk bsuh pggn. Haa kat sini sume nye ada semngat TOLONG MENOLONG.
Lagi? Ni bab g tarawih pulak. Lepas semua dah kenyang, masing2 dah xlarat nk bgun. Kteorg pun g la jaln kaki ke masjid Sultan Ahnad Shah. Bak kata aku, g masjid Nabawi.Berangan je.hahaha. Ramai2 pakai telekung, solat pun cari tempat yg kena kipas.haha.Nakal betul kteorg, xnk move, duk pggil org blakang suh penuhkan saf.semata2 nak kipas.ish2. Lepas tarawih, ramai2 balik bilik g pulak buat morey sendiri. Again, makan lagi.hihih. Memang tambah berat la bukannye turun berat. Sahur? Terbaik. Ada kawan yg jenis xtdo malam tugasnya mengejutkan sahur. So, jarang skali trlepas sahur melainkan ada yg memg xlarat nk shur,zzzz.haha. Dan xlupa juga, rmai2 saling mengingatkan untuk bgun qiam lebih2 10 mlm terakhir. Solat sunat 2 rakaat je pun ok dah untuk baru yg nk mula : ) Hablum minAllah wa hablum minannas.
Okay, tadi cerita untuk ape yg terjadi di antara sister je. Dalam kelas pun, bilangan brothers2 mcm seimbang dgn sisters. Klau kat long sem sume wat hal masing2, kat short sem sume nye saling tolong menolong.Presentation ok, kuiz ok, assgment ok. Alhamdullilah. sume dapat carry mark memg top scorer pun xdapat time long sem. Tapi sume sebab lecturer pun tolong gak. Mekasih miss suhana and bro asyraf. Boleh jadi sume berebut tanye soalan time presentation sbabnye nak bantu untuk dapat markah untuk presenter, haaa. betapa bgusnye dorg ni. Mane nak cari kawan cani kan2..heee. So, sebelum habis exam, kteorg sempat buat iftar satu kelas kat padang masjid negeri..yg sister sewa la kete untuk ke sana, brother ada transport sendiri,merempit,hahaa.
Sedih pulak bila dah hbis short sem. Group short sem kat FB memg kteorg xnk tutup. Biar je. Penah je ada cubaan budak yg xamek short sem masuk group tu. Memang kena kick la..(remove)hahha..sorry! org luar xleh masuk.(jadi kejam sekejap)muahahaha..Pape pun, byk duka suka bersama. Nape duka dulu? sebab time mula2 short sem aku xske, dah akhir2 baru suke. Thats why aku tulis tajuk duka suka.hihihi.faham ?
Kesimpulannya, Friendship memang penting..Kite hidup kat u ni bukan semata2 nak kejar ilmu je. Bukan nak berjaya sorang2. Mungkin ada yang berpendapat hidup sorang2 tu lagi bagus sebab xda masalah. Tapi hakikatnya, bila kita hidup ramai2, kita berkawan ramai2, buat semua perkara sama2, xda masalah pun yang timbul. Kalau ada masalah, selesaikan sama2..musyawarah.hihi. Ingat, Nabi dulu pun slalu musyawarah. Nabi dulu pun ramai sahabat2. Nabi slalu mementingkan sahabat. So, xda sape yg rugi. Semua saling berkasih sayang..kan bagus mcm tu. ok la, till now. Kat bawah ni ada photos nk share. =)
wassalam..
Result akan diumumkan pada 4hb ni. Tawakal je la kan. Sebab nye soalan final agak tough jugak..Short sem memg tough pun sebab xda lecture note. Dia bgi nama buku rujukan, and tajuk ape nk kne baca, Klau xfaham, tnye dlm kelas. Lecture pun xmengajar, just explen apa yg kurang time presentation kteorg...Semoga sume berjaya sama2.:)
malina ambik short sem jugak.samala kita.tapi,kita still tak habis lagi.final bulan 9 ni...inshaAllah .semoga lulus dengan cemerlang!:D
ReplyDeleteaah..kite amek short sem. xpe dayah, chaiyok2!! hee..ameen. good luck jugak untuk org di mesir :D
ReplyDelete