7/11/12

Bebaskan saya dari jahiliyah

Bismillah...
Assalamua'laikum..

Actually, pada suatu hari yang begitu tough bg aku..
aku terpaksa gak melalui hari2 tu..
dan aku mula sedar sesuatu..
aku telah jauh dari Nya..
Yang Maha Pencipta..

Aku tak tau knpe hati aku rapuh sgt..(bak kata kawan aku, sejak bila hati kau rapuh ni??)
Aku pergi kepada sahabat ku..
Dia la dulu yang pernah menasihatiku..
Dia la dulu yang pernah aku berkecil hati kerana tegurannya.
Tapi dia tetap berbaik dgnku..
Dan pada hari itu juga aku cari dia..

Tetapi aku xpernah membuang semua tegurannya..
Sebenarnya aku amek dan simpan..
Cuma mungkin hati aku keras lagi..
Dan aku mula meluahkan apa yang aku rasa selama ni..

Dan pada saat itu jugalah..
Aku sujud kepada Nya..
Aku mencari2 sesuatu..
Yang boleh menenangkan hatiku..
Dan mencari kegembiraan yang hakiki..

Aku sebenrnya mencari pintu taubat..
Aku sudah letih berada dalam dunia gelap
Aku letih mengikut jalan hitam..
Yer! Aku LETIH!!PENAT!!!
Penat ber'hipokrit' di hadapan Pencipta aku..
Penat berlawan dengan malaikat dan syaitan..

Aku penat berjalan mengikut jalan gelap...
Aku penat mengikut jalan yang kadang2 penuh dgn bunga2 dan kadang2 duri yang mencucuk diri sendiri..
Lantas, aku mencari lampu sendiri untuk keluar dari kegelapan..
Majalah jom yang sahabatku beli memang kena dengan diri aku..

Aku mula sedar kali ini, pemberian buku itu tidak langsung menyakitkan hati ku..
Sebaliknya, aku berasa gembira dan teruja untuk mengetahui isi dalamnya..
Mungkin hatiku sudah lembut...
Dan bermula dari situla..aku mula nmpak sesuatu..
Segala jawapanku terjawab..

Ape yang aku dapat ialah..
Orang2 yang ingin mencari petunjuk, Allah akan bgi petunjuk2 yang lagi banyak dri kita harapkan..
Dia akan memudahkan jalan kita..
Mungkin dia akan memberi rakan2 yang baik yang boleh menjadi cahaya kepada kita..
Itu semua atas pertolongan Dia.

Dan memang benar..janji Allah itu pasti.
Aku mencari rakanku yang agak lama tak berhubung..
Kenpa dia?
Kerana aku lihat dia sedang berada di jalan yang terang..
Dia sudah keluar dari jalan gelap..

Dan alhamdullilah..
dia menyambut baik salamku..
Dan aku dapat merasakan keikhlsan dia..
Aku berharap dia boleh membantu aku menjadi cahaya untuk jalan ku kali ni..

Aku harap kali ini hatiku betul2 tegar untuk tggalkan jalan gelap.
Di sambil aku nk mengambil keberkatan Ramadhan yang bkal menjelang xlama lagi..
Biarlah kali ini, aku menghabiskan waktu2 aku untuk membuat kebajikan.
Biarlah kali ini aku meninggalkan kejahilan2 yang sudah lama seronok bersamaku.

Biarlah kali ini aku berlari pecut mengejar diriNya
Bukan lagi merangkak
Jika yang pahit itu tetap berlaku dan tidak berubah..
Aku tidak cukup masa untuk berhenti dan mempersoalkan kpd dirinya

Maaf, aku kira aku sudah terlalu ketinggalan..
Aku kira  sudah lama Dia menungguku..
Aku takut pintu terang lagi indah tu tertutup
Aku takut Dia penat menungguku lalu meninggalkan aku berada di dunia gelap lagi..

Aku takut untuk disakiti lagi..
Aku takut ya Allah..
Cukuplah engkau untukku
Kurniakanlah mereka2 yang baik dan ikhlas disekeliling ku..

Pegangla aku kuat2 kali ini ya Allah..
Aku takut terlepas lagi..
Cukuplah engkau sebagai perantara aku..

amin ya Rabbal A'lamin..



No comments:

Post a Comment