12/25/11

my last study circle.

Bismillah~

hai hai..mcm dah lama xupdate blog.
just nk bgtau yg aku sekarang kat bangi!yay!!my home sweet home : )
Baru semalam amik exam study circle. banyak jugak soalan saya tak tahu jawab =(
Dan semalam jugak saya pulang ke rumah. Naik bas sani yg bawak laju,3jam je dari kuantan ke kajang.
Nak buat mcm mane, dah driver bas tu yg tukang bawak.
Aku pun tawakal je la kan, aku pun bace doa naik kenderaan, at least aku dah mintak doa supaya perjalanan selamat.

Okay, aku nak post gambar member2 study circle aku sebenarnya.
Semua ada 15 orang, tapi sorang x dapat hadir sebb ada kelas malam.(iaitu ummu)
Study circle ni wajib amik kat uia.
Kalau nama lain orang sebut, usrah boleh. halaqah pun boleh.
Apa2 pun last meeting, group cik zzaty kena present mengenai Nikah Khitbah dan group lagi satu kene present tentang Pemerintah Mesir.
Banyak yang aku  tak tau pasal dua2 tajuk ni. Dan sekarang boleh la tau sikit dah.

Kalau nk kupas pasal Nikah khitbah ni, memang lama.
Ada orang cakap sapa2 yang dah couple2 tu gi la kawin terus.
Emm..kawin terus pun xmenjamin kebahagiaan .
Dalam solusi, ada cakap pasal kawin2 ni.
Ustaz tu tulis, sebelum kawin, memang elok  dua2 pasangan tu taubat dulu.
Tidak kira siapa, sebelum nak mendirikan rumah tangga, persediaan pertama ialah bertaubat dahulu.
Sebab ape? sebab tgk ni, kalau nk buat masjid, mestila nk buat cantik2 kan..
Kalau ada tak elok sikit, kita ganti terus yang baru, baiki ke bagi cantik.
Sebab bila nk solat pun seronok, selesa, suke je orang nk datang masjid tu.

Cakap pasal masjid ni. masjid UIA kat kuantan dah siap. :)

okay, itu sahaja. Wish me luck for my final exam on 4th jan till 13th jan.
It might be that, this's the last post for this year 2011.
See u next year, insyaAllah..2012.

12/9/11

SURAT CINTA

Bismillah~

Hehe..mesti korang ingat aku yang tulis surat cinta ni kan..no no no...ini surat, aku dapat dari blogwalking tadi. So, aku baca, aku ingatkan dia tulis betul2, tgk2, dia pun copy orang punya.. haha.
Tapi, bace je la..aku rasa ada betul nye gak apa yang dia tulis tu.

DEAR  SAYANG…SI JANTUNG  HATI KU…
Alhamdullilah kita telah sah bergelar suami isteri….bukannya mudah untuk abang melafazkan akad nikah tadi..wah habis lemah longlai tubuh abang..gugup jantung dibuatnya,mana  taknya banyak benar mata yang memandang..malu kucing abang jadinya…wang hantaran pun sudah abang selesaikan..abang tak kisah pun berapa harga yang bapak mertua abang letak,janji ayang sudah menjadi milik abang..abang tahu yang duit hantaran tu sebenarnya ujian bapak mertua ayang untuk melihat komitmen abang dalam memperisterikan ayang….well abang tak kisah pun Cuma nasib baik wang hantaran ayang tu tak semahal wang hantaran kahwin sesetengah artis kat MALAYSIA nie..kalau tak naya abang..mahu sampai ke anak cucu la abang bayar hutang nie…kesian kat abang.Abang sure ayang tak nak tengok abang menderita bayar hutang kan..thank you ayang..love u so much..
Well..oleh kerana kita sudah sah menjadi suami isteri..abang Cuma ada beberapa permintaan aje untuk ayang..harap-harap ayang sudi tunaikan,bukannya apa saying nie semua untuk kebaikan kita bersama betul tak sayang ???.Permintaan pertama abang ialah abang harap ayang ialah seorang yang rajin ke dapur untuk memasak…bukannya apa abang nie sebenarnya alah terhadap makanan yang dimasak di kedai sebab kebersihan makanan di kedai tu tak terjamin kesuciannya..lagi pun masa abang muda remaja dulu..emak abang selalu masak makanan dekat rumah..jarang sangat kami sekeluarga makan dekat luar..kalau makan pun itu pun jika ada majlis keramaian sahaja…lagi satu ayang,kita dapat berjimat jika kita makan di rumah..abang harap ayang pun peka dengan isu semasa zaman sekarang..ye la harga barang semakin meningkat dari semasa ke semasa..abang juga takut dengan perangai emak abang,dia memang anti dengan perempuan yang malas bergerak ke dapur nie…katanya dia pun bekerja juga tapi still ada masa untuk memasak untuk suaminya..dia juga ada pesan kat abang yang kalau anak kita nanti makan makanan yang kita sendiri masakkan..insyaallah anak kita nanti mudah untuk mendengar kata kita katanya…abang takut nak menjawab kata-kata emak..malas abang nak menjadi anak derhaka..harap-harap ayang faham la dengan kehendak abang dan emak abang nie…

Kedua..abang harap ayang still boleh bekerja macam dulu lagi..tak macam sesetengah isteri orang lain yang lepas dia kahwin je mesti nak jadi suri rumah..well abang tak nak macam tu..memang la tanggunngjawab abang untuk beri nafkah kepada ayang…tentang nafkah tu sayang jangan risau,abang sedar akan tanggungjawab abang..tapi abang nak juga sayang kerja…ye la langit tak selalunya cerah ayang..mana la tahu,jika ditakdirkan abang pergi dahulu meninggalkan sayang..di manakah tempat sayang dengan anak-anak nak bergantung harap???.Abang tak mahu sayang  meminta-minta dengan orang lain..at least kalau ayang bekerja,bila abang pergi meninggalkan sayang pun hati abang akan rasa tenang sangat..lagi satu,mana la tahu kot-kot abang ada hati nak pasang satu lagi n then waktu tue..ayang
Ketiga,abang harap ayang nie seorang yang baik akhlaknya dan seorang yang taat akan perintah ALLAH..ye la orang kata the true colours seseorang itu hanya akan Nampak selepas dia berkahwin..masa bercinta semuanya indah-indah belaka kalah fantasi si CINDERELLA tu…abang harap ayang bukanlah yang tergolong dalam golongan itu..abang tak mahu isteri abang seorang yang hipokrit,berlindung di sebalik topeng ciptaannya sendiri..nanti ayang yang akan sengsara nanti..well abang harap ayang nie seorang rajin solat dan menutup aurat..bukannya apa emak abang dulu selalu berpesan bahawa orang bersolat nie insyaallah akhlaknya akan terjaga  dan insyallah ALLAH akan lindung dia daripada segala kemungkaran dan kemaksiatan…ayang pun tahu kan yang abang selalu balik lewat outstation sana sini..so pada ayang la abang harapkan untuk didik anak-anak kita dengan ilmu agama…sebenarnya abang dah penat menulis warkah ini buat tatapan ayang…insyaallah nanti abang akan sambung balik di lain waktu…
YANG TULUS DAN IKHLAS ABANG PUJAAN HATIMU.

p/s:cane? best tak??haa..cube kalau betul2 future husband aku bagi surat ni kat aku..konfem aku insaf terus..haha..nnti aku nk karang gak la surat untuk husband aku..( tapi sekarang aku xda husband lagi la kan )
k lah, maassalamah.. nak solat . then g usrah...yay!! usrah bes1000x..ustazah aku ckp dulu, kalau dlm semggu xdengar tazkirah, hati boleh jadi gelp. so , aku takutla hati aku jadi gelap. =)