9/19/12

Going to 3RD year??

Assalamua'laikum..

Alhamdullilah..sekarang dah masuk 2 mggu start sem baru..Second year second sem.oh yeah! hehe.
Semoga sem ini lebih baik dari sem lepas2..amiin.
Semoga sem ini lebih successsss dari sem lepas2..amiin.
Semoga sem ini lebih bahagia dari sem lepas2...amiin.
Semoga sem ini lebih tggi taqwa diriku dari sem2 lepas..amiin.
dan
Semoga sem ini lebih bermakna dari sem lepas2..amiiin..

Wahh..sungguh bersemangat kata2 aku.haha.
Nanti tgk akhir sem camne aku..haha.harap2 maintain la.
Terlalu banyak perkara yang aku cuba akan elakkan supaya semuanya berjalan dengan lancar. Susah weyh..susah2..

DUN WORRY!!!

coz hasbiyallahu wa nikmal wakil..put your trust to Allah.=)











My priority now is studyyyyyyyyyyyyyy!! yeah!



9/5/12

hargai selagi masih ada :)

Assalamualaikum..

Haa..tajuk kita hari ni ialah sayangi lah insan tersayang selagi mereka masih ada. Sape? ibu bapa la sape lagi..Tak de, tadi aku baru terbaca blog sorang ni, dia cter pasal ayah dia dah meninggal dunia. Aku blogwalking je tadi, so xkenal la sape kan. Terus menangis time baca..huhuhu. Aku memang kalau bab2 ibu bapa ni lemah sikit, terus jadi baik.hee

Okay2, take it serious now. Yang buat aku menangis ialah kerana aku tibe2 teringat beberapa bulan yang lepas, tak ingat dah. Abah ada mencari lawyer bahagian wasiat. Selepas sehari lawyer datang rumah, mak aku cerita kan sedikit. So, aku dengar je la. Soalan kelakar yg aku tanye " mak, kita ada banyak harta ke sampai nk lantik lawyer?"nampk x aku xmatang?haha. okay, anda semua kena tukar persepsi sekarang jugak! Melantik lawyer untuk buat wasiat bukan untuk orang kaya raya jek yer. Rasanya pakcik2, makcik2, nenek2,atok2, lagi la kena ada lawyer. Sebab kes gadoh2 tibe2 sedare mane tah tibe2 mengaku sedare datang nak sikit duit bila ada harta tinggalan. Banyak dah kes yang anak yang time kecik lagi paren dah meninggal, mak sedara amek sikit bahagian dia. Alasan, budak ni kecik lagi, xgune sgt duit. Dah besar boleh cari sendiri. Ish2..Istigfar banyak2 yer. Ketahuilah makan harta orang lain yang memang hak mereka adalah haram. So, kita kena lawyer ,(sila amik yang islamic law yer, jgn lupe tu!) untuk mempertahankan hak2 mereka yang sepatut mereka dapat. 

Dan aku baru tau bila mak aku bgitau yang kalau paren tak ada nanti, anak2 boleh la tuntut tanah(contohnye) ayah or mak kita punya. Okay, yang tu tau dah, slalu tgk dlm drama tv. Aku pun ckpla, kalau kteorg xnak tuntut boleh? halal je la, takut gadoh pulak dgn org2 tua. HAA..ni lawyer tu ckp, anak2 pulak yg berdosa sebab nya tak tuntut. Ya Allah, takutnye. Tak tuntut pun dosa,takut2..So, bila dah ada lawyer, nanti lawyer akan ckpkanlah..kan senang..kalau anak2 ckp, konfem la kena tah pape kan...Ini ikut undang2 Islam. So, berhati2 la. 

Lagi satu mak aku pesan. Sedih la bila mak ckp pasal meninggal2 ni. Disebabkan aku n adik aku tggal dgn mak lagi. So, banyak la mak pesan. Along dah kawin. Angah dah keje. Jauh pulak tu. So, abah mungkin terpikir. Kalau abah meninggal nanti, jangan tagguhkan pengebumian. Lagi cepat lagi bagus.Dalam islam pun dah ckp kan. Aku dah faham, maknenye kalau sedara mara tanye nak tggu ahli keluarga yg jauh ke?10jam perjalanan merentas benua, xpe, cepatkan. :( .Sis, now can see what the impact u give to dad. So, again, aku diamanahkan untuk simpan wasiat ni. 

Aku banyak kali cakap kat mak aku, aku xnak kena kerja jauh2..merentas benua. Kalau pergi pun, bukan menetap. Kalau kawin, aku doa kalau yang terbaik untuk aku dpat orang dekat, mintak dekatla. Kalau jauh2 nanti suami suruh duduk kat umah dia lak. Aku nak duduk area2 sini mcm k.l.selangor gak sebab nak dekat dengan family.yay! Sebab aku tau, mak ayah aku sunyi nanti. Aku kan berani drive sorang2,hehe..so boleh la kan nak balik umah mak bila2.

Ha tadi kan, aku dengan mak baca paper, Ada student medic rusia mennggl selepas baru pulang je dari tanah air. Mak terbayang my sis kot, sbab aku tengok mak mcm nangis. Sebab kakak aku pun baru je pulang dari tanah air pergi merentas benua dah. Aku rasa bersalah bila tercerita satu perkara ni. Lain kali xnak cter dah. Nanti buat mak sedih terpikir2. Dan aku tau abah pun sedih sebab mak cerita. Aku pun berdoa lagi supaya dapat jodoh yang baik,soleh,menghormati mak ayah aku. Supaya ayah aku tenang bila aku kawin dgn suami aku. Sape buat mak ayah aku sedih, aku akan ketepikan orang tu. bye!

Akhr kata, aku berdoa semoga umur mak dan abah dipanjangkan,supaya boleh tengok aku berjaya, dan mereka sentiasa sehat, gembira, bahagia. Ameen.:)