11/14/12

Heroes conference

Assalamua'laikum..

Alhamdullilah, semalam aku berjaya pergi  heroes conference 2012 yg bertempat di CAC iium gmbak. Ada 10 speaker yg dtg dari seluruh dunia..uk,india,canada,australia,nigeria, dan akhir skali malaysia. 9pg sampai 10 mlm. Bes memg bes, rasa mcm nak pergi hari2,(melampau benor tu)haha.ok la, tiap2 bulan ke..at least aku ada something untuk mengisi masa lapang yg byk terbuang ni.

Ape yg dia smpaikan aku simpan dlm otak ku.(hebat sgt xbawak pen dgn buku untuk catat)so, terpakse menggunakan otak ku untuk record and save data2..haha. Akibatye, xdapat save semua. Takpe, kalau dapat ingat sikit then amalkan lagi better kot? betul x?


" Success come to those who work for it and success doesn't come to those who talk about it"  

"A good leader goes with the good manners, the better the manners the better the leader"

"Which one is good?"
1.a lady who wear a hijab all the time but keep on texting with men and uploading her pictures in the FB

2.a lady who started wearing a hijab and stop contact with all men and close her accout FB ??

pengajaran: No 2 la lagi bagus. Masa silam kdg2 xpenting, yang penting masa sekarang ni siapa kita. Ni untuk motivate org2 yang dah berhijrah ke arah lagi bgus. or motivate org2 yang dah kwin, tapi dapat partners yg ada masa silam.


"Every pious always have a past and every sinner always have a future"

"Always believe that in the pitch of darkness of despair there is always a photon of light of hope, you just need to believe and find it"

Kisah zainab isteri Nabi, yang sgt pemurah, sila google.

Dan akhir skali cerita kisah uthman bin affan. Cuba baca ayat terakhir cerita ni. Disebabkan kejujuran uthman dalam memegang amanah dan tingkah laku yang baik, Rasulullah s.a.w berbesar hati untuk mengahwinkan anak baginda yang ke2 kepada uthman..Sh.Daood Butt ckp, dalam masyarakat kita sekarang ni, kalau seorang anak perempuan dah kahwin dengan seorang laki ni, then meninggal, xmungkin dia akan kahwinkan dengan seorang lagi anak perempuan. Inikan pula, dua orang puteri Rasulullah s.a.w t
elah meninggal, dan ingin dikahwinkan dengan lagi seorang puteri jika ada lagi puteri baginda yang lain. So, lelaki2 zaman sekarang patot mencontohi seperti uthman.noted now!:)

Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.


Semoga berjumpa lagi, semoga entry kali ni bermanfaat untuk semua. :)

wassalam.