6/26/11

yay!

Bismillah~
tadi bukak blog someone ni.pastu bende ni kua...= )

Pssst... You're visiting an invite-only blog



The admin of this blog has made this blog only open to you and other invited members

rase bertuah .hehe.lupe nk ckp,thank you! = )


6/23/11

saya nak...hehe

Bismillah~


saya nak tau...nak sgt2..mesti lupe ni .kan2 ???
ce ingat balik ape dia.hehe.
bukan  bce tapi adela.
ade bnde pntg nak amik.hehe
nak buka puase..yehaa..jom buka.= )



dah,tu je nak ckp.bye2..





6/21/11

WANITA~

Bismillah~
daripda aku termenung sorg2 aku pon bukak i luv islam.and nak post kat blog aku.nk share dgn sume wanita2 dlm dunia ni.

Alangkah Beruntungnya Menjadi Wanita

Darjat seorang wanita disisi Islam adalah sangat tinggi dan mulia. Wanita adalah golongan yang perlu dihormati, dijaga maruahnya, disayangi dan dikasihi . Seorang ibu yang telah berkorban seluruh jiwa dan raganya untuk melahirkan dan membesarkan anaknya adalah merupakan seorang wanita yang dipandang mulia oleh Allah S.W.T. Allah S..W.T akan mengurniakan pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda untuk para wanita yang sanggup berkorban di jalan Allah.




Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam yang telah disebutkan di dalam beberapa hadith sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an. Ini menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang solehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga !



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih mulia darjatnya daripada 70 orang lelaki yang soleh.



2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Manusia yang takutkan Allah S.W.T pula akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya adalah sama seperti bersedekah.



4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan hati anak perempuannya pahalanya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.



5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w)



6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga .



7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".



8. Syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu.



9. Apabila ayah dan ibumu memanggilmu serentak , Rasulullah s.a.w telah mengajar kita untuk menjawab panggilan ibu terlebih dahulu.



10. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup untuknya pintu-pintu neraka dan terbuka baginya pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.



11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, para malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya akan beristighfar untuknya selama mana dia masih taat kepada suaminya



12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang lebih berhak terhadap seorang lelaki ?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W lagi, "Ibunya."



13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia ke dalam syurga melalui pintu syurga yang mana satu yang dia kehendaki.



14. Setiap seorang perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mengurniakan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit ketika hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.



17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.



20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali Allah S.W.T.



21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 orang lelaki yang jahat.



22. 1 rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.



23. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.



24. Wanita yang melayani suaminya dengan baik apabila suaminya pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.



25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.



26. Wanita yang membenarkan suaminya keluar berjuang di jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, wanita itu juga akan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari syurga dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta akan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.



27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga ananyak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala beribadah.



28. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.



29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan membaca "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.



30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.



31. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari.



32. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat pada malam hari.



33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan satu pahala haji.



34. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid di jalan Allah.



35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.



36. Jika wanita menyusui anaknya sehingga mencukupi tempoh(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan membawa khabar berita itu ke syurga dan syurga itu dikatakan adalah wajib baginya. Dan jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, InsyaAllah Allah akan memberikan padanya pahala satu tahun solat dan puasa.



37. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.



38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.



39. Jika suami mengajarkan isterinya akan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya ,beliau akan mendapat pahala seperti 80 tahun beribadah.



40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan terus kepada wanita yang menutupi auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Oleh itu wahai para wanita muslimah yang dihormati dan disegani, bangkitlah dan niatkanlah setiap amalanmu adalah untuk mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Esa. Semoga anda akan turut menjadi salah seorang wanita pilihan yang diberikan ganjaran syurga yang tiada tolok bandingnya diakhirat kelak. Amin.

..................................................................................................................................................................
 
p/s: hari ni aku dah sign surat berhenti kerja.rugi xsign jumaat lepas,kalo x dah smpai ke tgn bos dah .cz smlm bos dtg..kawan aku tnye ag" betol ke nk berhnti 30jun,mcm kesian kat bos".ntah la.janji aku dah lege.pape nnti aku ckp sndiri dgn bos.get ready!

6/10/11

im alone..

Bismillah~

okay, 1st of all, aku nk ckp sorry kat my bos, which is en,junaidi cz aku gne tenet untuk kegunaan sndiri.= )
hari ni aku sorg2 keje tanpa kawanku ,farah. besela keje sorg, byk bende aku silap.

1. xon aircond.patotnye on time kul 11.30 pg.tapi aku on kul 7pm.haha. xpela,jimat letrik.kan2..= )

2. aku xangkat palang tiang .ade je ag tu kat depan kedai.bos nmpk ni mesti kene tegur.aku sedar time pukul  7pm gak,so xyah angkat,bia je smpi nk tutup kedai..




nk bgtau ni.hari ini aku rasmikan cardgn baru ku...yay!!aku syg crdgn ni tau...= )

i really miss aishiteru..= )..


6/8/11

lame x update

Bismillah~

 lame xupdate blog ni sebb tgah buzy..sebab keje skrg ni. semggu 1 hari je cuti. and setiap mggu kene keje full time dari pukul 10pg-10mlm.penat??agak penat  2mggu ni cz keje full time.tgak ni jadual aku.penuh kan.hehe

skrg ni xtau nak keje sampai bulan 8 ke tak cz bulan pose nnti kalo keje kene buke pose sorg2.xmo la.pastu xdpt g tarawih.unless ade org sggup keje mlm je.aku keje siang je.hehe.tapi bulan 7 ni kawan aku dah berhenti cz nk masuk blaja dah.so,aku sorg2 la?? xkan aku nk berhenti gak kan, langsung xde staff,sian cik june(bos aku).

Hari ni cuti cz aku g blaja bwak kete.ingat nk g keje gak tadi kul 1 tapi aku xlarat..tapi terbayang kawan mesti tutup kedai sorg2 ,sian dia.dah la skrg ni bahaya cz ade 2 org xsiuman ske masuk cc tu.smlm dia dah bgtau ciri2 pompuan tu, so that aku akan berjge2 bile sorg2. 

Tadi angah call,dah lame aku xupdate psal dia. rindu angah.= )
angah ckp dia dah dpt tawaran tu, so doalah untuk dia.i always pray the best for you angah.
pastu dia ckp " nnti angah dah keje angah nk belanje ko tau.belanje g bercuti."
and mak pon ckp "aah,sian malina xdpt g bercuti hari tu, kene tggal sorg2".
memg, sian aku tauuuuu!haha .mujur aku xngis!
xpe la aku beralah dgn adik aku hari tu,abah je tau nape.kan2..
 

6/2/11

TAG KALI KE 5

Bismillah~
 tadikan tgk cter nora elena, sgt sweet!haha.hari ini punye siri sgt best!
ok,skrg nk buat tag dayah yg ag satu. tapi act, aku yg mintak kat dia tag aku, hehehe.
tapi xpaham sebenarnye nk buat cane, buat je la. kan2..= )

special sbb utk perempuan2 sajewww..
happens to me..and maybe you..
-kalau kain or tudung terbang2,mesti automatik tgn betulkan balik.

-kalau kwn bg mknn,balas mangkuk kosong,mesti tolak org lain bg balik mangkuk kosong tu

-kalau lelaki ckp hai,mesti rasa nk jalan laju2

so,for this tag,i try to improve myself...list

-bce mathurat hari2.
-nak pki stoking.( 1st step nk maintain pakai time kat uia,even g cafe pon,or outing)
-nk maintain bgun subuh awal.
-ade lagi satu ni, pasal kat FB ,tapi tanak bgtau.hehe.

so, insyaAllah i'll try my best to fulfill all my targets that i've been written here.
 okay,thats all for now.= )

TAG KALI KE 4.

Bismillah~
wow! aku kene tag dah 2 kali oleh dayah.(my besfren time kecik2.miss u a lot!!)
so, ni nak buat tag yg pertama..= )


all about 4..
4 perkara describe about yourself..

-ske kucing2

-susah ngis tapi bile betol2 sedih kene ngis jugak,baru lege.
-ske kemas. 
-ske tgak cter nora elena = )


nama manja

-amalina (aku appreciate sgt2 sape pggil aku amalina,hehe)
-malina (slalu org yg close ske pggil yg ni)
-alang (adik aku je boleh pggil ni)
-auntie maklang ( nnti bile anak sdre aku dah boleh ckp ,ikut dia la nk pggil auntie / maklang,hehe)


4 perkara baik yg buat harini

-bace mathurat ,pgi ptg.insyaAllah nk maintain = )
-tolong ibu kucing yg sesat dalam shopping complex mencari anak dia.hehe
-cuci tgkap bilik, kipas and sapu bilik.
-teman mak g servis kete.


4 benja wajib bawak keluar

-handphone
-purse
-telekung ( kalo jalan jauh)
-air mineral (kalo jalan jauh)


4 perkara terakhir sebelum join benda 4 ni

- tgak citer kat tv 3
-angkat kain
-makan bubur kacang merah
-solat asar


4 org paling disayangi di dunia

-family first!!
-kawan2 , guru2
-a person yg xmakan sayur sawi.
-sume yg pernah tolong kite xkire kenal / tak.


4 jenis ragam manusia yg jumpa harini

-pakcik tua yg lepas jogging rajin tolong bersihkan padang rumput dgn mengutip botol2 minuman.
-seorg pompuan yg xske kucing lalu menyorokkan anak2 kucing di tgah padang dan mengakibatkan sekor mati dimakan burung gagak. sob2 = (
-sorg budak kecik yg cube berjalan sendiri walaupun bapa nye ingin menolongnye.
-ske sgt main game (my bro)


4 misi yg mesti dicapai tahun ni

- ade ---e-
-nak dapat  =------r
-nak m--------
-tanak ske main FB.
p/s : sorry tanak bgtau yg len ,hehe

4 habit buruk kamu


-makan slalu xhbis.
-kdg2 xrply msg org tgah2 mlm.
-being a stalker pastu jeles.
-marah adik kalo main game FB lame sgt.


4 perkara yg kamu fobia
 
-kene kaco dgn org yg tbe2 ckp bukan2, ( thats why i only give my fon no. to a person yg selected je)
-cicak besar
-xingat la ape lagi yg fobia..


4 sebab join

-dayah tag
-my besfren tag
-cz xde idea nak tulis ape kat blog
-cz tgah bercuti dan bergembira,haha


okay, kite dah buat, thanks tau tag kite!!! hehehe...ske sgttt.
haa..sape bace sila komen2...hehe.