11/14/12

Heroes conference

Assalamua'laikum..

Alhamdullilah, semalam aku berjaya pergi  heroes conference 2012 yg bertempat di CAC iium gmbak. Ada 10 speaker yg dtg dari seluruh dunia..uk,india,canada,australia,nigeria, dan akhir skali malaysia. 9pg sampai 10 mlm. Bes memg bes, rasa mcm nak pergi hari2,(melampau benor tu)haha.ok la, tiap2 bulan ke..at least aku ada something untuk mengisi masa lapang yg byk terbuang ni.

Ape yg dia smpaikan aku simpan dlm otak ku.(hebat sgt xbawak pen dgn buku untuk catat)so, terpakse menggunakan otak ku untuk record and save data2..haha. Akibatye, xdapat save semua. Takpe, kalau dapat ingat sikit then amalkan lagi better kot? betul x?


" Success come to those who work for it and success doesn't come to those who talk about it"  

"A good leader goes with the good manners, the better the manners the better the leader"

"Which one is good?"
1.a lady who wear a hijab all the time but keep on texting with men and uploading her pictures in the FB

2.a lady who started wearing a hijab and stop contact with all men and close her accout FB ??

pengajaran: No 2 la lagi bagus. Masa silam kdg2 xpenting, yang penting masa sekarang ni siapa kita. Ni untuk motivate org2 yang dah berhijrah ke arah lagi bgus. or motivate org2 yang dah kwin, tapi dapat partners yg ada masa silam.


"Every pious always have a past and every sinner always have a future"

"Always believe that in the pitch of darkness of despair there is always a photon of light of hope, you just need to believe and find it"

Kisah zainab isteri Nabi, yang sgt pemurah, sila google.

Dan akhir skali cerita kisah uthman bin affan. Cuba baca ayat terakhir cerita ni. Disebabkan kejujuran uthman dalam memegang amanah dan tingkah laku yang baik, Rasulullah s.a.w berbesar hati untuk mengahwinkan anak baginda yang ke2 kepada uthman..Sh.Daood Butt ckp, dalam masyarakat kita sekarang ni, kalau seorang anak perempuan dah kahwin dengan seorang laki ni, then meninggal, xmungkin dia akan kahwinkan dengan seorang lagi anak perempuan. Inikan pula, dua orang puteri Rasulullah s.a.w t
elah meninggal, dan ingin dikahwinkan dengan lagi seorang puteri jika ada lagi puteri baginda yang lain. So, lelaki2 zaman sekarang patot mencontohi seperti uthman.noted now!:)

Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.


Semoga berjumpa lagi, semoga entry kali ni bermanfaat untuk semua. :)

wassalam.






10/23/12

Ape punca xbahagia?

Assalamua'laikum..

Tajuk hari ni mcm dalam kelas parenting pulak kan?hehe.
Sem ni banyak betul bende yang related dengan marriage.
Parenting course, BMC, Baitul Muslim Course and bla2...
Bila masuk kelas parenting, lecturer aku cakap cani, " nnti lepas habis kelas parenting, penah ada student ckap takut nak kahwin." aku pun terkebil2 pikir, nape camtu pulak kan?

Now, i get the answer!
Nak tau kenapa?? ok la, basically, sume takut xbahagia la lepas kawin..before kawin janji itu ini ,sume okay , no problem..takut la lepas kawin, eh mane ade janji, bila masa? ahh lantak u la..and mcm2 lagi.kan2?

Sebenarnye betul la, nak sesuatu itu elok dari awal hingga akhir, kenala jaga dari awalnya..
Before kawin, masing2 kenalah faham and jage betul2 hubungan tu..* memang susah, but salah sorang kena bertahan untuk jaga jugak. Cakap elok2 and bincang. *ckp senang la kan, tapi seriously aku tau  susah.

Dan satu lagi, ape yang lecturer aku nasihat kan, kita muda2 ni banyak kan buat baik, jage tingkah laku, bnyk kan buat solat taubat..yer, selagi kita semua tgah single ni, i mean belum kawin. Buat la byk2 amalan2 baik, sebab bila dah berdua nnti insyaAllah senang sikit nak build up a family yang sejahtera, di lindungi oleh Allah. 

Dan lagi satu, what we do now, and who we are now are reflected to our future generation..
Bila aku fikir balik perangai aku, aku jadi, "err..teruk nye, byk lagi kena ubah".
And honestly aku pun rasa takut kawin cz xready.
Tapi jgn ckp camtu, ready tu bukn bermakna "ok, aku dah perfect, boleh la sape2 nk ajak kawin"haha
ready tu mean kita dari sekarang kenalah ubah perangai, jaga hubungan dengan Allah, dengan semua orang skali. 

Petikan dari majalah solusi," Perkahwinan itu dijaga oleh Allah. maka, jagalah hubungan dengan Allah"
cewahh...mungkin ini boleh jadi isi untuk tajuk presentation aku nanti.wink2..
Oh yer, aku lupa nak bagitau, aku dah amek kursus kahwin. :)
Tak sangka aku amek awal. xpenah plan pun nk amek awal. Mungkin ada hikmah nya kan. 
Kursus kahwin xber erti nak kawin dah, tapi boleh dapat knowledge awal sikit.:) think positive.

Okay, tutup hal kawin. mari bukak hal exam2 ..hihi
mari berpijak di bumi yang nyata .iaitu, midsemester sudah hampir. marilah mempersiapkan diri dengan ilmu di kepala..bukan setakat di dada. Tolong la berkerjasama dengan saya semasa dlam mood exam sebab emosi memang mudah terganggu dek kerana terlalu banyak nota yang belum di baca, di fahami, dan di ingati.
Saya terus melupakan kisah sedih yang berlaku seperti hp ku yang masuk wad. Penyakit masih belum diketahui. Mungkin boleh discharge after 2-3 weeks. Jadi, bertukar la kepada hp kebal alaf baru , xpayah touch2, tekan je terus.haha. Tapi, itupun pinjaman je. 

Jadi, lebih baik aku rajin membuat ulang kaji pharmacology yang banyak lagi fakta yang tidak difahami. Sedarla  wahai diriku bahawa grad uia telah naik iaitu 55 baru lulus. Tahu tak betapa aku stress dengan kenaikan grad ni?Marilah rajin membuat nota immunology. Aku terlalu suke tertukar adaptive dengan innate imunity. Rajin2 la membaca nota pathology kerana nota nye begitu fakta dan tiada auta langsung.

baiklah, semoga bertemu kembali wahai blog kesayangan..doakan kejayaan saye!;)

9/19/12

Going to 3RD year??

Assalamua'laikum..

Alhamdullilah..sekarang dah masuk 2 mggu start sem baru..Second year second sem.oh yeah! hehe.
Semoga sem ini lebih baik dari sem lepas2..amiin.
Semoga sem ini lebih successsss dari sem lepas2..amiin.
Semoga sem ini lebih bahagia dari sem lepas2...amiin.
Semoga sem ini lebih tggi taqwa diriku dari sem2 lepas..amiin.
dan
Semoga sem ini lebih bermakna dari sem lepas2..amiiin..

Wahh..sungguh bersemangat kata2 aku.haha.
Nanti tgk akhir sem camne aku..haha.harap2 maintain la.
Terlalu banyak perkara yang aku cuba akan elakkan supaya semuanya berjalan dengan lancar. Susah weyh..susah2..

DUN WORRY!!!

coz hasbiyallahu wa nikmal wakil..put your trust to Allah.=)











My priority now is studyyyyyyyyyyyyyy!! yeah!



9/5/12

hargai selagi masih ada :)

Assalamualaikum..

Haa..tajuk kita hari ni ialah sayangi lah insan tersayang selagi mereka masih ada. Sape? ibu bapa la sape lagi..Tak de, tadi aku baru terbaca blog sorang ni, dia cter pasal ayah dia dah meninggal dunia. Aku blogwalking je tadi, so xkenal la sape kan. Terus menangis time baca..huhuhu. Aku memang kalau bab2 ibu bapa ni lemah sikit, terus jadi baik.hee

Okay2, take it serious now. Yang buat aku menangis ialah kerana aku tibe2 teringat beberapa bulan yang lepas, tak ingat dah. Abah ada mencari lawyer bahagian wasiat. Selepas sehari lawyer datang rumah, mak aku cerita kan sedikit. So, aku dengar je la. Soalan kelakar yg aku tanye " mak, kita ada banyak harta ke sampai nk lantik lawyer?"nampk x aku xmatang?haha. okay, anda semua kena tukar persepsi sekarang jugak! Melantik lawyer untuk buat wasiat bukan untuk orang kaya raya jek yer. Rasanya pakcik2, makcik2, nenek2,atok2, lagi la kena ada lawyer. Sebab kes gadoh2 tibe2 sedare mane tah tibe2 mengaku sedare datang nak sikit duit bila ada harta tinggalan. Banyak dah kes yang anak yang time kecik lagi paren dah meninggal, mak sedara amek sikit bahagian dia. Alasan, budak ni kecik lagi, xgune sgt duit. Dah besar boleh cari sendiri. Ish2..Istigfar banyak2 yer. Ketahuilah makan harta orang lain yang memang hak mereka adalah haram. So, kita kena lawyer ,(sila amik yang islamic law yer, jgn lupe tu!) untuk mempertahankan hak2 mereka yang sepatut mereka dapat. 

Dan aku baru tau bila mak aku bgitau yang kalau paren tak ada nanti, anak2 boleh la tuntut tanah(contohnye) ayah or mak kita punya. Okay, yang tu tau dah, slalu tgk dlm drama tv. Aku pun ckpla, kalau kteorg xnak tuntut boleh? halal je la, takut gadoh pulak dgn org2 tua. HAA..ni lawyer tu ckp, anak2 pulak yg berdosa sebab nya tak tuntut. Ya Allah, takutnye. Tak tuntut pun dosa,takut2..So, bila dah ada lawyer, nanti lawyer akan ckpkanlah..kan senang..kalau anak2 ckp, konfem la kena tah pape kan...Ini ikut undang2 Islam. So, berhati2 la. 

Lagi satu mak aku pesan. Sedih la bila mak ckp pasal meninggal2 ni. Disebabkan aku n adik aku tggal dgn mak lagi. So, banyak la mak pesan. Along dah kawin. Angah dah keje. Jauh pulak tu. So, abah mungkin terpikir. Kalau abah meninggal nanti, jangan tagguhkan pengebumian. Lagi cepat lagi bagus.Dalam islam pun dah ckp kan. Aku dah faham, maknenye kalau sedara mara tanye nak tggu ahli keluarga yg jauh ke?10jam perjalanan merentas benua, xpe, cepatkan. :( .Sis, now can see what the impact u give to dad. So, again, aku diamanahkan untuk simpan wasiat ni. 

Aku banyak kali cakap kat mak aku, aku xnak kena kerja jauh2..merentas benua. Kalau pergi pun, bukan menetap. Kalau kawin, aku doa kalau yang terbaik untuk aku dpat orang dekat, mintak dekatla. Kalau jauh2 nanti suami suruh duduk kat umah dia lak. Aku nak duduk area2 sini mcm k.l.selangor gak sebab nak dekat dengan family.yay! Sebab aku tau, mak ayah aku sunyi nanti. Aku kan berani drive sorang2,hehe..so boleh la kan nak balik umah mak bila2.

Ha tadi kan, aku dengan mak baca paper, Ada student medic rusia mennggl selepas baru pulang je dari tanah air. Mak terbayang my sis kot, sbab aku tengok mak mcm nangis. Sebab kakak aku pun baru je pulang dari tanah air pergi merentas benua dah. Aku rasa bersalah bila tercerita satu perkara ni. Lain kali xnak cter dah. Nanti buat mak sedih terpikir2. Dan aku tau abah pun sedih sebab mak cerita. Aku pun berdoa lagi supaya dapat jodoh yang baik,soleh,menghormati mak ayah aku. Supaya ayah aku tenang bila aku kawin dgn suami aku. Sape buat mak ayah aku sedih, aku akan ketepikan orang tu. bye!

Akhr kata, aku berdoa semoga umur mak dan abah dipanjangkan,supaya boleh tengok aku berjaya, dan mereka sentiasa sehat, gembira, bahagia. Ameen.:)

8/29/12

Untuk Ayah,Abah,Papa,Abi,Bapak

Assalam..

Di bulan syawal yang mulia ni aku jeles tengok kawan2 aku jln2 raya..Lantas, kami geng2 bangi yang tak berapa ramai ni pun buat aktiviti tahunan iaitu beraya..

okay, ni bukan cter sebenar.haha. Tapi boleh la dikaitkan sedikit dengan tajuk kita untuk hari ini. AYAH. Haa..besar tak? Jawatan dia jugak besar.  Ape2 pun mesti kena dapat cop mohor AYAH kan??So, sama la kite. Kalau sume org nak tau, abah saya paling susah nak bagi anak2 dia keluar dengan kawan2..Yer. kawan2. TAPI! Abah bagi je kalau keluar dengan kawan baik, sume kawan baik aku abah dah tau sapa, so setelah di scan dahulu baru la boleh keluar.hhihi..

Tapi, kite ni kadang2 mesti ada jgk rasa knpe xboleh keluar dgn yg ni? Sebab nya, mestilah ada sebab. Sebab dia risau, sebab dia xpercaya anak dia selamat, sebab dia tengok asik kelua je, sebab dia tgk mcm xreti nk bawak jln pulang..haha.sebab jauh sgt, sebab itu dan sebab ini. Kesimpulannya, kite sebagai anak2 jgnlah merungut bila xdapat keluar dgn kawan2. Cuba kite bygkan kite berada di tempat ibu bapa, haaa..rasakan! Mesti risau, pening kepala, nak bagi ke xnk anak aku kuar ni. Tak bgi nnti dikata mengongkong, bila bagi dikata xjaga anak, ataupun lupa diri nanti.

So, kita kenala memahami mereka. Mereka bukan pentingkan diri, mereka semua sayangkan kita. Bagusla ada ibu bapa yang macam ni. Lagi risau rasanya bila ada ibu bapa yang xkesah anak2 dia pergi mana. Malam boleh, siang pun boleh, dengan sape2 pun boleh kuar. Sekurang2 nya ibu bapa yang jenis protective ni dia tau tanggungjawab mereka, nnti kan kat akhirat, dorang jugak yang kena soal. Kesian dorang, lambat masuk syurga sebab kena jawab soalan kenapa xjage anak betul2 ?? Haish. 

Jadi, ini ialah penghargaan saya buat abah saya. :D


8/25/12

duka suka time short sem

Assalam..

First skali aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat xkira di mana jua anda berada..haa..konon2 aku kat perantauan pulak kan.hehehe.
okla, sebenarnye nak cerita pengalaman time short sem hari tu..haa..xyah terkejut kot kenapa aku amek short sem..xkesa la ape pun sebab nye ada banyak kenangan manis :)

Mula2 sampai uia memang aku dah menangis dah...haha. Macam first time pulak kena duk jauh dgn family. Tapi memang sedih sebabnye rasa lonely sgt. Dah la ramai xdatang lagi. Duduk pulak tingkat 4 kat maimunah yg hanya ada penghuni 3 bilik je. Sedih woo..Ditambah pulak dengan kurang kasih sayang( ok yg ni tolak ke tepi)haha..

Dipendekkan cerita, selepas ramadhan semuanya bertukar menjadi SERONOK..ha nmpk x aku caps lock tu..hihihi. Kteorg kat sini semuanya mula2 rasa mcm sedih la kena ramadhan kat u. Orang lain sume syok berbuka, bersahur dan bertarawih bersama keluarga tercinta..Tapi, Allah itu Adil. Dia xkan uji hamba2Nya tanpa bagi ganjaran. Btul x?? wabassyirin soobirin..:)

So, here we go! Mula2, bilik sebelah aku la semangat beli induction cooker,periuk,kuali and mcm2 lagi. Yang aku pulak memang dah bawak rice cooker sejak azali lagi.hihhi.(padahl bende terlarang kot)..Then, ketua kteorg pun g beli bahan2 basah and bahan2 asas untuk masak. Disebabkan short sem, so duit pun mestila short jugak kan..sebab tu la kiteorg mengambil inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Jadi, semua kos akan dibahagikan sama rata untuk dibayar bersama. Haaa kat sini dah ada satu bende bagus iaitu PERMUAFAKATAN. (eh betoi ka eja?)

Next! ok, sekarang ada ajk yg dilantik menjadi chef. Memang time ni la skill memasak masing2 perlu ditonjolkan.hahaha.Memang tahniah kepada barisan chef2 kite sume. Semua memang pandai masak. Aku? tukang masak nasi goreng, sardin roll, telur dadar, begedil, air bandung boleh la.. Kawan aku budak kelantan, pandai masak tomyam, sup ayam, mee bandung( sedap sgtt!) and mcm2 lagi. Gabungan msakan dari kawanku org johor pulak, pun sama hebat! haish untung sape kawin dgn dorang ni.ehehe.promote2.
Ada jugak pndai buat pancake.sedapppp xterkata..Lupe pulak, ajk bahagian air. Memang setia jerang air, buat air teh and mcm2 lagi..tahniah juga kepada ajk preparation and technical.haha. Dorang memg setia setting tempat berbuka kat bilik aku..sebab bilik sebelah jadi tempat masak. Dorangla yg sggup kumbah stor semata2 nak cari tikar,pinggan,cawan. Last skali, ajk basuh pinggan, mop lantai. Yang ni aku tengok, sume nye ringan tulang. Paham2 la sape yg "ABC" memang akan volunteer untuk bsuh pggn. Haa kat sini sume nye ada semngat TOLONG MENOLONG.

Lagi? Ni bab g tarawih pulak. Lepas semua dah kenyang, masing2 dah xlarat nk bgun. Kteorg pun g la jaln kaki ke masjid Sultan Ahnad Shah. Bak kata aku, g masjid Nabawi.Berangan je.hahaha. Ramai2 pakai telekung, solat pun cari tempat yg kena kipas.haha.Nakal betul kteorg, xnk move, duk pggil org blakang suh penuhkan saf.semata2 nak kipas.ish2. Lepas tarawih, ramai2 balik bilik g pulak buat morey sendiri. Again, makan lagi.hihih. Memang tambah berat la bukannye turun berat. Sahur? Terbaik. Ada kawan yg jenis xtdo malam tugasnya mengejutkan sahur. So, jarang skali trlepas sahur melainkan ada yg memg xlarat nk shur,zzzz.haha. Dan xlupa juga, rmai2 saling mengingatkan untuk bgun qiam lebih2 10 mlm terakhir. Solat sunat 2 rakaat je pun ok dah untuk baru yg nk mula : ) Hablum minAllah wa hablum minannas.

Okay, tadi cerita untuk ape yg terjadi di antara sister je. Dalam kelas pun, bilangan brothers2 mcm seimbang dgn sisters. Klau kat long sem sume wat hal masing2, kat short sem sume nye saling tolong menolong.Presentation ok, kuiz ok, assgment ok. Alhamdullilah. sume dapat carry mark memg top scorer pun xdapat time long sem. Tapi sume sebab lecturer pun tolong gak. Mekasih miss suhana and bro asyraf. Boleh jadi sume berebut tanye soalan time presentation sbabnye nak bantu untuk dapat markah untuk presenter, haaa. betapa bgusnye dorg ni. Mane nak cari kawan cani kan2..heee. So, sebelum habis exam, kteorg sempat buat iftar satu kelas kat padang masjid negeri..yg sister sewa la kete untuk ke sana, brother ada transport sendiri,merempit,hahaa.

Sedih pulak bila dah hbis short sem. Group short sem kat FB memg kteorg xnk tutup. Biar je. Penah je ada cubaan budak yg xamek short sem masuk group tu. Memang kena kick la..(remove)hahha..sorry! org luar xleh masuk.(jadi kejam sekejap)muahahaha..Pape pun, byk duka suka bersama. Nape duka dulu? sebab time mula2 short sem aku xske, dah akhir2 baru suke. Thats why aku tulis tajuk duka suka.hihihi.faham ?

Kesimpulannya, Friendship memang penting..Kite hidup kat u ni bukan semata2 nak kejar ilmu je. Bukan nak berjaya sorang2. Mungkin ada yang berpendapat hidup sorang2 tu lagi bagus sebab xda masalah. Tapi hakikatnya, bila kita hidup ramai2, kita berkawan ramai2, buat semua perkara sama2, xda masalah pun yang timbul. Kalau ada masalah, selesaikan sama2..musyawarah.hihi. Ingat, Nabi dulu pun slalu musyawarah. Nabi dulu pun ramai sahabat2. Nabi slalu mementingkan sahabat. So, xda sape yg rugi. Semua saling berkasih sayang..kan bagus mcm tu. ok la, till now. Kat bawah ni ada photos nk share. =)

wassalam..



















Result akan diumumkan pada 4hb ni. Tawakal je la kan. Sebab nye soalan final agak tough jugak..Short sem memg tough pun sebab xda lecture note. Dia bgi nama buku rujukan, and tajuk ape nk kne baca, Klau xfaham, tnye dlm kelas. Lecture pun xmengajar, just explen apa yg kurang time presentation kteorg...Semoga sume berjaya sama2.:) 

7/11/12

Bebaskan saya dari jahiliyah

Bismillah...
Assalamua'laikum..

Actually, pada suatu hari yang begitu tough bg aku..
aku terpaksa gak melalui hari2 tu..
dan aku mula sedar sesuatu..
aku telah jauh dari Nya..
Yang Maha Pencipta..

Aku tak tau knpe hati aku rapuh sgt..(bak kata kawan aku, sejak bila hati kau rapuh ni??)
Aku pergi kepada sahabat ku..
Dia la dulu yang pernah menasihatiku..
Dia la dulu yang pernah aku berkecil hati kerana tegurannya.
Tapi dia tetap berbaik dgnku..
Dan pada hari itu juga aku cari dia..

Tetapi aku xpernah membuang semua tegurannya..
Sebenarnya aku amek dan simpan..
Cuma mungkin hati aku keras lagi..
Dan aku mula meluahkan apa yang aku rasa selama ni..

Dan pada saat itu jugalah..
Aku sujud kepada Nya..
Aku mencari2 sesuatu..
Yang boleh menenangkan hatiku..
Dan mencari kegembiraan yang hakiki..

Aku sebenrnya mencari pintu taubat..
Aku sudah letih berada dalam dunia gelap
Aku letih mengikut jalan hitam..
Yer! Aku LETIH!!PENAT!!!
Penat ber'hipokrit' di hadapan Pencipta aku..
Penat berlawan dengan malaikat dan syaitan..

Aku penat berjalan mengikut jalan gelap...
Aku penat mengikut jalan yang kadang2 penuh dgn bunga2 dan kadang2 duri yang mencucuk diri sendiri..
Lantas, aku mencari lampu sendiri untuk keluar dari kegelapan..
Majalah jom yang sahabatku beli memang kena dengan diri aku..

Aku mula sedar kali ini, pemberian buku itu tidak langsung menyakitkan hati ku..
Sebaliknya, aku berasa gembira dan teruja untuk mengetahui isi dalamnya..
Mungkin hatiku sudah lembut...
Dan bermula dari situla..aku mula nmpak sesuatu..
Segala jawapanku terjawab..

Ape yang aku dapat ialah..
Orang2 yang ingin mencari petunjuk, Allah akan bgi petunjuk2 yang lagi banyak dri kita harapkan..
Dia akan memudahkan jalan kita..
Mungkin dia akan memberi rakan2 yang baik yang boleh menjadi cahaya kepada kita..
Itu semua atas pertolongan Dia.

Dan memang benar..janji Allah itu pasti.
Aku mencari rakanku yang agak lama tak berhubung..
Kenpa dia?
Kerana aku lihat dia sedang berada di jalan yang terang..
Dia sudah keluar dari jalan gelap..

Dan alhamdullilah..
dia menyambut baik salamku..
Dan aku dapat merasakan keikhlsan dia..
Aku berharap dia boleh membantu aku menjadi cahaya untuk jalan ku kali ni..

Aku harap kali ini hatiku betul2 tegar untuk tggalkan jalan gelap.
Di sambil aku nk mengambil keberkatan Ramadhan yang bkal menjelang xlama lagi..
Biarlah kali ini, aku menghabiskan waktu2 aku untuk membuat kebajikan.
Biarlah kali ini aku meninggalkan kejahilan2 yang sudah lama seronok bersamaku.

Biarlah kali ini aku berlari pecut mengejar diriNya
Bukan lagi merangkak
Jika yang pahit itu tetap berlaku dan tidak berubah..
Aku tidak cukup masa untuk berhenti dan mempersoalkan kpd dirinya

Maaf, aku kira aku sudah terlalu ketinggalan..
Aku kira  sudah lama Dia menungguku..
Aku takut pintu terang lagi indah tu tertutup
Aku takut Dia penat menungguku lalu meninggalkan aku berada di dunia gelap lagi..

Aku takut untuk disakiti lagi..
Aku takut ya Allah..
Cukuplah engkau untukku
Kurniakanlah mereka2 yang baik dan ikhlas disekeliling ku..

Pegangla aku kuat2 kali ini ya Allah..
Aku takut terlepas lagi..
Cukuplah engkau sebagai perantara aku..

amin ya Rabbal A'lamin..