Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

1/31/13

ujian mendewasakan kita..

Assalamua'laikum...

topic kita hari ini ialah ckup dewasakah kita? haa..dewasa x ko? aku? aku baru rasa dewasa..
Pada tanggal 30 jan 2013. Aku tido sambil buat hp silent. eceeceh..bajet aku ade peminat je nk kol2 text2 tgah mlm. No beb! But, apabila jarum pnjang dan jarum pendek jam tepat pada pukul 12, genapla umur aku yg ke 22. Alhamdullilah. Aku masih hidup. Tetapi, masih ade insan2 yang masih setia menghantar pesanan ringkas sempena hari jadi. thanks wani! walaupun pendek tapi padat dengan ucapan yg mampu buat aku tersenyum.:)

Aku dah terlena dalam pukul 10pm. Sengaja xnk menunggu waktu. Aku bermuhasabah. yelah, umo dah nk 22..dah mkin tuo. bukn sweet 20, ke 17 ke..selepas berdoa untuk mak n abah sebab tanpa mereka, aku xde kot nk smbut bezday smpai 22 dah ni. kelainan sedikit kali ni. aku byk berdoa untuk mereka..patotnya, setiap hari jadi, kite la yg kena bgi hadiah kat dorg. tak gitu kawan2? sebab penat woa jage aku smpai 22 thun. layan ragam aku lagi. mkin besar mkin byk keranah sebenornye.hehe.

Then, dlm pukul 11 lebih, hp aku vibrate, ade jugak org nk kol nk wish la tu. hahaha.(mkin besar mkin jujur lak aku ni)..selepas pkul 12, aku pun tido balik. time kasih sebab kol and wish. :) sekali lagi terharu..

Mane tang ujian nye?ok2..nak bukak cter la ni..pada pagi yg indah, aku pun pegila ikut mak n abah ke shah alam. sebab abah ada meeting. aku jln2 kat giant dgn mak. then, ada org suh kol. sebab free kol kan, aku pon kol je. hati dah debar2, dah dapat agak ape yg terjadi. Then, org tu pulak ckp lapik2..suare mcm nk buat aku hepy..smbil berselindung kesedihan. Lepas ckp pasal bende gmbire, baru dia ckp hal sebenrnye.
Aku dah mcm nk ngis. tapi mujur kat public. umo 22 ngis kat public.ape kes?so, aku pun kawal diri. Allah je yg tau.

Aku sedih sampai sekarang. Klau dulu suke benor ngis. sekarang mcm xboleh menangis. Aku lebih suke duduk dan fikir. muhasabah diri. think positive. Kawan aku pun ckp.

S : Allah sedang menguji hamba-hambaNya.bersabarla..kejayaan akan datang jugak. Dia nk bgi nnti.
H: Sabar sabar.. ade hikmah semua ni. dont give up!
Z: i know u can do it. it is juz the matter of strictly marking. thats all.
A: dun worry k. everything gonna be ok.:)

Sebenrnya, ape yg terjadi dah tertulis. it is juz the matter of when it'll happen. and how we can avoid it. So, instead of being childish. nangis xtentu pasal mcm org mati kucing.(tu dulu). why not kite bangkit dan mintak dgn Allah. one of bezday wish yg paling aku suke. May Allah ease you in everything you do. thnks my ex rumate! Sebab ape bende mcm ni boleh jadi? sebab aku sendiri lupe nk mintak kat Dia sgguh2. mcm dulu2 aku minx. Dari awal smpai akhir kite kena bersgguh2 dlm menuntut ilmu ni. Memang dlm kamus hidup aku, xde istilah kalo xstudy, boleh berjaya jgk wey! mungkin ada sesetengah org ckp mcm tu. Tapi, bukan aku. Maaf, saye bukan org bijak, genius, lahir2 terus tahu sume bende. Aku memg dijadikan untuk gigih menuntut ilmu.

 Aku juga bukan org yg mempunyai ingatan yg kuat untuk terus ingat selepas baca. Sebab itu, aku kena warning diri ini agar menjauhkan diri dari last min study. Mulai sem ini, aku xboleh dah buat masa tu mcm byk sgt, konon ckup untuk study last min. Memg saye akui sem ini, saye kena gunakan masa dgn sewajarnya untuk gigih berusaha. Dan satu lagi, saye suka sgt membuang masa memikirkan perkara2 yg tidak ada kena mengena dgn kehidupan saye. menjaga tepi kain org itu sgt tidak bgus, hentikan skrg. semoga Allah butakan mata dan tuli kan telinga saye dgn perkara2 tidak berfaedah dan boleh menghalang fokus saye. semoga tidak ada ape2 yg boleh mencuri fokus saye. lainla mcm fikir tentang syria ke. Agak berbaloi di situ. 

Dan satu lagi sebenarnya, BARAKAH. kalau nk bgi takot lagi , BARZAH. haa. takot x? haha.
ok, stop gelak. serius2. kadang2 kite terlupa akan keberkatan dlm menuntut ilmu. Kite hendaklah menjaga hubungan dgn manusia dan juga Allah. hati kawan2 kite kena jaga. hati kucing pun kena jaga. kucing mintak sikit mkanan, jgn xbgi. bgila sikit. Kata2 yg tidak baik terhadap lecturer yg strict pun boleh jadi sebab hilang berkat. suke dtg lmbat. meniru dlm kuiz. mlm kuiz patot stdy tapi bermsg2 konon2 dah hebat sgt boleh jawab esok. suke ckp nonsense. suke ckp konon2 kuiz xpntg, padahl 20% pon boleh bgi dlm kuiz. suke sgt buat ayat mcm kite hebat. " relaxla, exam bukn esok pon. sikit2 study. apela ko ni" hentikan semua ini. 

lihat diaolog ini. dan anda pikirkan kesalahan nye. SITUASI 1

S: ko buat ape tu?(sambil2 baring2 main msg)
A: aku tgah cari pasal tajuk angina pectoris. aku xphamla. ko paham x ape sir ajar tadi?( sambil muka risau gler)
S: ohh..ntah. aku memg xphm la kan . tadi dlm kelas aku xdgr sgt. ngantok r. ala, nnti carila kat buku teks. sir ckp dah la slow. padahal dlm buku sume ada. dia suke sgt xplen pnjg2..
A: ok la. aku nk tnye si F. dia mesti dah paham.
S: perr.. rajin gler ko ni. pshyco la dia ni. tension aku duk dgn dia ni.
A: sedih..lalu beredar.

dialog yg telah diedit.

S: ko buat ape tu?(sambil2 baring2 main msg)
A: aku tgah cari pasal tajuk angina pectoris. aku xphamla. ko paham x ape sir ajar tadi?( sambil muka risau gler)
S: oh..aku pun xpaham tadi. ape kata kita bukak buku teks ni. lippincot. senior ckp senang faham. jom cari sama2..( terus mencampak hp di tgn)
A: jom2..kalau xjmpe kite tnye F nak? dia mesti faham.
S: okay! :) no hal. bes la kawan dgn ko, suke belajar. lagipun paren kite hantar kite g u kan untuk belajar.kan2.:)

nmpk tak perubahan besar dialog ni? pikir2 la sndiri. ( terasa aku)haha.

SITUASI 2

S : Eh ko dah stdy dah tajuk ni? aku xpahamla. tension aku. esok dah exam ni.
A: Dah..yg mane? mane taw aku paham ke.
S: Per..org mcm ko mestila dah kan. haa..ajarkan skrg.
A: jgnla mcm tu. aku ni baca mcm tu je.
S: Eleh, tawla kuat study. dah, ajar cepat.

patotnya..

S: Eh ko dah stdy dah tajuk ni? aku xpahamla. tension aku. esok dah exam ni.
A: Dah..yg mane? mane taw aku paham ke.
S: Menyesal aku x belajar dgn ko dulu. kalau x , xla stress aku. Tolong aku eh..:(
A: jgnla mcm tu. aku ni baca mcm tu je.
S: Lepas ni, kita belajar same2 nak? :) aku xnk stdy last min dah. nk jadi mcm ko.

SITUASI 3

S: ko mesti dah habis stdy kan?
A: emm, belum .ada lagi 2 tajuk. kau?
S: aku? mestila belum. hahah. ( dalam hati." aku dah khatam 2 kali kot. aku meng!yay! dia ni rajin, tapi xhbis jgk stdy)
A: Ohh. mcm tu nanti dah hbis stdy, kite buat stdy group nk?
S: Aku bukan jenis mcm tu. aku jnis stdy sndiri. ( dlm hati : " aku paham sume dah. buat ape nk ajar org pulak. nnti dia pulak lebeh dari aku.xboleh2)

patoynye.

S:ko mesti dah habis stdy kan?
A:emm, belum .ada lagi 2 tajuk. kau?
S: dah. kalau kau nk buat study group ok je. aku boleh ajarkan. jimat sikit masa kau. :) nnti ada masa untuk rehat.

Bukankah lebeh indah bila kita memberikan kata2 positive. Kita ni penuntut ilmu. Kalau tak buat apa kita pegi u ye dak? lebih baik tulis blog mcm skrg.hehe. Gurau je. jagn buat!

Ada lagi sebenrnya..kita jge hubungan dgn Allah. jgn sesekali langgar perintah Nya. Dulu aku slalu doa. " jadikan aku hambaNya yg taat kpd perintah Allah dan meninggalkan laranganNya." sekrg, aku dah baca doa ni. patotla..makin teruk aku ni. Dah byk kali aku bace, imam syafie pesan, maksiat boleh mengelapkan hati. dan ada link lain pulak tulis. sebab gagal ialah maksiat. takot x? aku takot sgt..
Dulu, aku slalu doa mcm ni," Ya Allah, jadikanlah aku pelajar yg cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah diri" . Sekarang, :" ya Allah, bgila aku lepas paper ni. no matter what. " hamboii..siap speaking lagi. tapi doa mkin pendek.

Itula, kdg2, kalau nk berjaya, kite renung balik mcm mana kita boleh berjaya dulu. Bezakan dgn skrg. Mcm langit dgn bumi. Dgn ibu bapa pula.

Dulu. before tido, salam mak n abah. cium pipi. dlm hati doa agar diberkati oleh mereka.
Sekrg. biakan dorg tdo sendirian. Huh.teruknye.
Lepas tu asik ckp dgn kawan2, wey doakan aku taw. padahal, doa ibu bapa lagi makbul. asik mintak maaf dgn kawan2, tapi bukan dgn ibu bapa.

Semalam aku ada tertengok kat FB. kawan sekolah rendah aku , same2 gemilang di bangku sekolah. Dia seorang hafiz skrg. ( nama dia bukn hafiz). budak DQ. dia dapat 3.8 kalau xsilap. amek engine. subjek lagi byk. 8 kot. sume A dan A- shaja. tidak ada yang seteruknya. Tiba2 aku teringat, 2 tahun lepas. Dia ada wish good luck kat aku. Dan dia ada paper calculus esoknya. Ini dialognya. Masih segar dlm ingatan. 

F: Peace be upon u. good luck esok.:)
A: Waa'laikumussalam. gud luck jugak. paper ape besok?
F: Calculus. Doakn ok.
A: ok. dah ready ke? dgr mcm susah je sbjek tu.
F: insyaAllah. mlm ni tido awal. esok bgunla buat qiam. solat hajat. then, smbung stdy sikit2.
A: xngantuk ke nnti? ( aku tnye soalan xlogik)-,-
F: tak pon. Otak kita makin fresh after qiam. try la buat. insyaAllah sntiasa berjaya.
A: ok. salam.

Dah mcm dialog novel2 islamic gitu. cuma xada cc: nama sekian2..( abaikan, kami xde ape2 hbungan hati ok)Biarla Allah yg menilai.

Wahh.impress x? jgn salah anggap yer. tidak ada unsur2 zina hati dgn dia ni. Kawan aku ni memg menjaga hati dia. cuba lihat cara dia reply. semua soalan dia jawab dgn sopan. Dia bukan nk bongkak cter dia buat qiam. tapi, dia mengajar aku buat baik. Sebab dia taw dlm fikiran aku ni tgah pkir susah n stress je bila paper susah. Lihatla, bagaimana org2 berjaya bertindak? Anda bagaimana? Aku bagaimana?( ni lagi tepat) tujukan kat diri sendiri.hehe.

so, next sem, jom qiam? dari tarik selimut bila terjgae. lebih baik, bgun solat tahajud. ye dak? lapangkan dada...tengkan fikiran. :) 

 korang nk mane? aku nak Biru, hijau, dan ungu . :) Allah ada bersama kita. jgn sedih ok. be strong siti amalina adnan. Allah give u obstacle because He want to give u something special. believe me.and dun forget to obey what Allah has listed in the Quran. 



dewasa x? hehe. wassalam..

11/14/12

Heroes conference

Assalamua'laikum..

Alhamdullilah, semalam aku berjaya pergi  heroes conference 2012 yg bertempat di CAC iium gmbak. Ada 10 speaker yg dtg dari seluruh dunia..uk,india,canada,australia,nigeria, dan akhir skali malaysia. 9pg sampai 10 mlm. Bes memg bes, rasa mcm nak pergi hari2,(melampau benor tu)haha.ok la, tiap2 bulan ke..at least aku ada something untuk mengisi masa lapang yg byk terbuang ni.

Ape yg dia smpaikan aku simpan dlm otak ku.(hebat sgt xbawak pen dgn buku untuk catat)so, terpakse menggunakan otak ku untuk record and save data2..haha. Akibatye, xdapat save semua. Takpe, kalau dapat ingat sikit then amalkan lagi better kot? betul x?


" Success come to those who work for it and success doesn't come to those who talk about it"  

"A good leader goes with the good manners, the better the manners the better the leader"

"Which one is good?"
1.a lady who wear a hijab all the time but keep on texting with men and uploading her pictures in the FB

2.a lady who started wearing a hijab and stop contact with all men and close her accout FB ??

pengajaran: No 2 la lagi bagus. Masa silam kdg2 xpenting, yang penting masa sekarang ni siapa kita. Ni untuk motivate org2 yang dah berhijrah ke arah lagi bgus. or motivate org2 yang dah kwin, tapi dapat partners yg ada masa silam.


"Every pious always have a past and every sinner always have a future"

"Always believe that in the pitch of darkness of despair there is always a photon of light of hope, you just need to believe and find it"

Kisah zainab isteri Nabi, yang sgt pemurah, sila google.

Dan akhir skali cerita kisah uthman bin affan. Cuba baca ayat terakhir cerita ni. Disebabkan kejujuran uthman dalam memegang amanah dan tingkah laku yang baik, Rasulullah s.a.w berbesar hati untuk mengahwinkan anak baginda yang ke2 kepada uthman..Sh.Daood Butt ckp, dalam masyarakat kita sekarang ni, kalau seorang anak perempuan dah kahwin dengan seorang laki ni, then meninggal, xmungkin dia akan kahwinkan dengan seorang lagi anak perempuan. Inikan pula, dua orang puteri Rasulullah s.a.w t
elah meninggal, dan ingin dikahwinkan dengan lagi seorang puteri jika ada lagi puteri baginda yang lain. So, lelaki2 zaman sekarang patot mencontohi seperti uthman.noted now!:)

Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.


Semoga berjumpa lagi, semoga entry kali ni bermanfaat untuk semua. :)

wassalam.






10/23/12

Ape punca xbahagia?

Assalamua'laikum..

Tajuk hari ni mcm dalam kelas parenting pulak kan?hehe.
Sem ni banyak betul bende yang related dengan marriage.
Parenting course, BMC, Baitul Muslim Course and bla2...
Bila masuk kelas parenting, lecturer aku cakap cani, " nnti lepas habis kelas parenting, penah ada student ckap takut nak kahwin." aku pun terkebil2 pikir, nape camtu pulak kan?

Now, i get the answer!
Nak tau kenapa?? ok la, basically, sume takut xbahagia la lepas kawin..before kawin janji itu ini ,sume okay , no problem..takut la lepas kawin, eh mane ade janji, bila masa? ahh lantak u la..and mcm2 lagi.kan2?

Sebenarnye betul la, nak sesuatu itu elok dari awal hingga akhir, kenala jaga dari awalnya..
Before kawin, masing2 kenalah faham and jage betul2 hubungan tu..* memang susah, but salah sorang kena bertahan untuk jaga jugak. Cakap elok2 and bincang. *ckp senang la kan, tapi seriously aku tau  susah.

Dan satu lagi, ape yang lecturer aku nasihat kan, kita muda2 ni banyak kan buat baik, jage tingkah laku, bnyk kan buat solat taubat..yer, selagi kita semua tgah single ni, i mean belum kawin. Buat la byk2 amalan2 baik, sebab bila dah berdua nnti insyaAllah senang sikit nak build up a family yang sejahtera, di lindungi oleh Allah. 

Dan lagi satu, what we do now, and who we are now are reflected to our future generation..
Bila aku fikir balik perangai aku, aku jadi, "err..teruk nye, byk lagi kena ubah".
And honestly aku pun rasa takut kawin cz xready.
Tapi jgn ckp camtu, ready tu bukn bermakna "ok, aku dah perfect, boleh la sape2 nk ajak kawin"haha
ready tu mean kita dari sekarang kenalah ubah perangai, jaga hubungan dengan Allah, dengan semua orang skali. 

Petikan dari majalah solusi," Perkahwinan itu dijaga oleh Allah. maka, jagalah hubungan dengan Allah"
cewahh...mungkin ini boleh jadi isi untuk tajuk presentation aku nanti.wink2..
Oh yer, aku lupa nak bagitau, aku dah amek kursus kahwin. :)
Tak sangka aku amek awal. xpenah plan pun nk amek awal. Mungkin ada hikmah nya kan. 
Kursus kahwin xber erti nak kawin dah, tapi boleh dapat knowledge awal sikit.:) think positive.

Okay, tutup hal kawin. mari bukak hal exam2 ..hihi
mari berpijak di bumi yang nyata .iaitu, midsemester sudah hampir. marilah mempersiapkan diri dengan ilmu di kepala..bukan setakat di dada. Tolong la berkerjasama dengan saya semasa dlam mood exam sebab emosi memang mudah terganggu dek kerana terlalu banyak nota yang belum di baca, di fahami, dan di ingati.
Saya terus melupakan kisah sedih yang berlaku seperti hp ku yang masuk wad. Penyakit masih belum diketahui. Mungkin boleh discharge after 2-3 weeks. Jadi, bertukar la kepada hp kebal alaf baru , xpayah touch2, tekan je terus.haha. Tapi, itupun pinjaman je. 

Jadi, lebih baik aku rajin membuat ulang kaji pharmacology yang banyak lagi fakta yang tidak difahami. Sedarla  wahai diriku bahawa grad uia telah naik iaitu 55 baru lulus. Tahu tak betapa aku stress dengan kenaikan grad ni?Marilah rajin membuat nota immunology. Aku terlalu suke tertukar adaptive dengan innate imunity. Rajin2 la membaca nota pathology kerana nota nye begitu fakta dan tiada auta langsung.

baiklah, semoga bertemu kembali wahai blog kesayangan..doakan kejayaan saye!;)

9/19/12

Going to 3RD year??

Assalamua'laikum..

Alhamdullilah..sekarang dah masuk 2 mggu start sem baru..Second year second sem.oh yeah! hehe.
Semoga sem ini lebih baik dari sem lepas2..amiin.
Semoga sem ini lebih successsss dari sem lepas2..amiin.
Semoga sem ini lebih bahagia dari sem lepas2...amiin.
Semoga sem ini lebih tggi taqwa diriku dari sem2 lepas..amiin.
dan
Semoga sem ini lebih bermakna dari sem lepas2..amiiin..

Wahh..sungguh bersemangat kata2 aku.haha.
Nanti tgk akhir sem camne aku..haha.harap2 maintain la.
Terlalu banyak perkara yang aku cuba akan elakkan supaya semuanya berjalan dengan lancar. Susah weyh..susah2..

DUN WORRY!!!

coz hasbiyallahu wa nikmal wakil..put your trust to Allah.=)











My priority now is studyyyyyyyyyyyyyy!! yeah!



8/25/12

duka suka time short sem

Assalam..

First skali aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat xkira di mana jua anda berada..haa..konon2 aku kat perantauan pulak kan.hehehe.
okla, sebenarnye nak cerita pengalaman time short sem hari tu..haa..xyah terkejut kot kenapa aku amek short sem..xkesa la ape pun sebab nye ada banyak kenangan manis :)

Mula2 sampai uia memang aku dah menangis dah...haha. Macam first time pulak kena duk jauh dgn family. Tapi memang sedih sebabnye rasa lonely sgt. Dah la ramai xdatang lagi. Duduk pulak tingkat 4 kat maimunah yg hanya ada penghuni 3 bilik je. Sedih woo..Ditambah pulak dengan kurang kasih sayang( ok yg ni tolak ke tepi)haha..

Dipendekkan cerita, selepas ramadhan semuanya bertukar menjadi SERONOK..ha nmpk x aku caps lock tu..hihihi. Kteorg kat sini semuanya mula2 rasa mcm sedih la kena ramadhan kat u. Orang lain sume syok berbuka, bersahur dan bertarawih bersama keluarga tercinta..Tapi, Allah itu Adil. Dia xkan uji hamba2Nya tanpa bagi ganjaran. Btul x?? wabassyirin soobirin..:)

So, here we go! Mula2, bilik sebelah aku la semangat beli induction cooker,periuk,kuali and mcm2 lagi. Yang aku pulak memang dah bawak rice cooker sejak azali lagi.hihhi.(padahl bende terlarang kot)..Then, ketua kteorg pun g beli bahan2 basah and bahan2 asas untuk masak. Disebabkan short sem, so duit pun mestila short jugak kan..sebab tu la kiteorg mengambil inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Jadi, semua kos akan dibahagikan sama rata untuk dibayar bersama. Haaa kat sini dah ada satu bende bagus iaitu PERMUAFAKATAN. (eh betoi ka eja?)

Next! ok, sekarang ada ajk yg dilantik menjadi chef. Memang time ni la skill memasak masing2 perlu ditonjolkan.hahaha.Memang tahniah kepada barisan chef2 kite sume. Semua memang pandai masak. Aku? tukang masak nasi goreng, sardin roll, telur dadar, begedil, air bandung boleh la.. Kawan aku budak kelantan, pandai masak tomyam, sup ayam, mee bandung( sedap sgtt!) and mcm2 lagi. Gabungan msakan dari kawanku org johor pulak, pun sama hebat! haish untung sape kawin dgn dorang ni.ehehe.promote2.
Ada jugak pndai buat pancake.sedapppp xterkata..Lupe pulak, ajk bahagian air. Memang setia jerang air, buat air teh and mcm2 lagi..tahniah juga kepada ajk preparation and technical.haha. Dorang memg setia setting tempat berbuka kat bilik aku..sebab bilik sebelah jadi tempat masak. Dorangla yg sggup kumbah stor semata2 nak cari tikar,pinggan,cawan. Last skali, ajk basuh pinggan, mop lantai. Yang ni aku tengok, sume nye ringan tulang. Paham2 la sape yg "ABC" memang akan volunteer untuk bsuh pggn. Haa kat sini sume nye ada semngat TOLONG MENOLONG.

Lagi? Ni bab g tarawih pulak. Lepas semua dah kenyang, masing2 dah xlarat nk bgun. Kteorg pun g la jaln kaki ke masjid Sultan Ahnad Shah. Bak kata aku, g masjid Nabawi.Berangan je.hahaha. Ramai2 pakai telekung, solat pun cari tempat yg kena kipas.haha.Nakal betul kteorg, xnk move, duk pggil org blakang suh penuhkan saf.semata2 nak kipas.ish2. Lepas tarawih, ramai2 balik bilik g pulak buat morey sendiri. Again, makan lagi.hihih. Memang tambah berat la bukannye turun berat. Sahur? Terbaik. Ada kawan yg jenis xtdo malam tugasnya mengejutkan sahur. So, jarang skali trlepas sahur melainkan ada yg memg xlarat nk shur,zzzz.haha. Dan xlupa juga, rmai2 saling mengingatkan untuk bgun qiam lebih2 10 mlm terakhir. Solat sunat 2 rakaat je pun ok dah untuk baru yg nk mula : ) Hablum minAllah wa hablum minannas.

Okay, tadi cerita untuk ape yg terjadi di antara sister je. Dalam kelas pun, bilangan brothers2 mcm seimbang dgn sisters. Klau kat long sem sume wat hal masing2, kat short sem sume nye saling tolong menolong.Presentation ok, kuiz ok, assgment ok. Alhamdullilah. sume dapat carry mark memg top scorer pun xdapat time long sem. Tapi sume sebab lecturer pun tolong gak. Mekasih miss suhana and bro asyraf. Boleh jadi sume berebut tanye soalan time presentation sbabnye nak bantu untuk dapat markah untuk presenter, haaa. betapa bgusnye dorg ni. Mane nak cari kawan cani kan2..heee. So, sebelum habis exam, kteorg sempat buat iftar satu kelas kat padang masjid negeri..yg sister sewa la kete untuk ke sana, brother ada transport sendiri,merempit,hahaa.

Sedih pulak bila dah hbis short sem. Group short sem kat FB memg kteorg xnk tutup. Biar je. Penah je ada cubaan budak yg xamek short sem masuk group tu. Memang kena kick la..(remove)hahha..sorry! org luar xleh masuk.(jadi kejam sekejap)muahahaha..Pape pun, byk duka suka bersama. Nape duka dulu? sebab time mula2 short sem aku xske, dah akhir2 baru suke. Thats why aku tulis tajuk duka suka.hihihi.faham ?

Kesimpulannya, Friendship memang penting..Kite hidup kat u ni bukan semata2 nak kejar ilmu je. Bukan nak berjaya sorang2. Mungkin ada yang berpendapat hidup sorang2 tu lagi bagus sebab xda masalah. Tapi hakikatnya, bila kita hidup ramai2, kita berkawan ramai2, buat semua perkara sama2, xda masalah pun yang timbul. Kalau ada masalah, selesaikan sama2..musyawarah.hihi. Ingat, Nabi dulu pun slalu musyawarah. Nabi dulu pun ramai sahabat2. Nabi slalu mementingkan sahabat. So, xda sape yg rugi. Semua saling berkasih sayang..kan bagus mcm tu. ok la, till now. Kat bawah ni ada photos nk share. =)

wassalam..



















Result akan diumumkan pada 4hb ni. Tawakal je la kan. Sebab nye soalan final agak tough jugak..Short sem memg tough pun sebab xda lecture note. Dia bgi nama buku rujukan, and tajuk ape nk kne baca, Klau xfaham, tnye dlm kelas. Lecture pun xmengajar, just explen apa yg kurang time presentation kteorg...Semoga sume berjaya sama2.:) 

7/11/12

Bebaskan saya dari jahiliyah

Bismillah...
Assalamua'laikum..

Actually, pada suatu hari yang begitu tough bg aku..
aku terpaksa gak melalui hari2 tu..
dan aku mula sedar sesuatu..
aku telah jauh dari Nya..
Yang Maha Pencipta..

Aku tak tau knpe hati aku rapuh sgt..(bak kata kawan aku, sejak bila hati kau rapuh ni??)
Aku pergi kepada sahabat ku..
Dia la dulu yang pernah menasihatiku..
Dia la dulu yang pernah aku berkecil hati kerana tegurannya.
Tapi dia tetap berbaik dgnku..
Dan pada hari itu juga aku cari dia..

Tetapi aku xpernah membuang semua tegurannya..
Sebenarnya aku amek dan simpan..
Cuma mungkin hati aku keras lagi..
Dan aku mula meluahkan apa yang aku rasa selama ni..

Dan pada saat itu jugalah..
Aku sujud kepada Nya..
Aku mencari2 sesuatu..
Yang boleh menenangkan hatiku..
Dan mencari kegembiraan yang hakiki..

Aku sebenrnya mencari pintu taubat..
Aku sudah letih berada dalam dunia gelap
Aku letih mengikut jalan hitam..
Yer! Aku LETIH!!PENAT!!!
Penat ber'hipokrit' di hadapan Pencipta aku..
Penat berlawan dengan malaikat dan syaitan..

Aku penat berjalan mengikut jalan gelap...
Aku penat mengikut jalan yang kadang2 penuh dgn bunga2 dan kadang2 duri yang mencucuk diri sendiri..
Lantas, aku mencari lampu sendiri untuk keluar dari kegelapan..
Majalah jom yang sahabatku beli memang kena dengan diri aku..

Aku mula sedar kali ini, pemberian buku itu tidak langsung menyakitkan hati ku..
Sebaliknya, aku berasa gembira dan teruja untuk mengetahui isi dalamnya..
Mungkin hatiku sudah lembut...
Dan bermula dari situla..aku mula nmpak sesuatu..
Segala jawapanku terjawab..

Ape yang aku dapat ialah..
Orang2 yang ingin mencari petunjuk, Allah akan bgi petunjuk2 yang lagi banyak dri kita harapkan..
Dia akan memudahkan jalan kita..
Mungkin dia akan memberi rakan2 yang baik yang boleh menjadi cahaya kepada kita..
Itu semua atas pertolongan Dia.

Dan memang benar..janji Allah itu pasti.
Aku mencari rakanku yang agak lama tak berhubung..
Kenpa dia?
Kerana aku lihat dia sedang berada di jalan yang terang..
Dia sudah keluar dari jalan gelap..

Dan alhamdullilah..
dia menyambut baik salamku..
Dan aku dapat merasakan keikhlsan dia..
Aku berharap dia boleh membantu aku menjadi cahaya untuk jalan ku kali ni..

Aku harap kali ini hatiku betul2 tegar untuk tggalkan jalan gelap.
Di sambil aku nk mengambil keberkatan Ramadhan yang bkal menjelang xlama lagi..
Biarlah kali ini, aku menghabiskan waktu2 aku untuk membuat kebajikan.
Biarlah kali ini aku meninggalkan kejahilan2 yang sudah lama seronok bersamaku.

Biarlah kali ini aku berlari pecut mengejar diriNya
Bukan lagi merangkak
Jika yang pahit itu tetap berlaku dan tidak berubah..
Aku tidak cukup masa untuk berhenti dan mempersoalkan kpd dirinya

Maaf, aku kira aku sudah terlalu ketinggalan..
Aku kira  sudah lama Dia menungguku..
Aku takut pintu terang lagi indah tu tertutup
Aku takut Dia penat menungguku lalu meninggalkan aku berada di dunia gelap lagi..

Aku takut untuk disakiti lagi..
Aku takut ya Allah..
Cukuplah engkau untukku
Kurniakanlah mereka2 yang baik dan ikhlas disekeliling ku..

Pegangla aku kuat2 kali ini ya Allah..
Aku takut terlepas lagi..
Cukuplah engkau sebagai perantara aku..

amin ya Rabbal A'lamin..