7/11/12

Bebaskan saya dari jahiliyah

Bismillah...
Assalamua'laikum..

Actually, pada suatu hari yang begitu tough bg aku..
aku terpaksa gak melalui hari2 tu..
dan aku mula sedar sesuatu..
aku telah jauh dari Nya..
Yang Maha Pencipta..

Aku tak tau knpe hati aku rapuh sgt..(bak kata kawan aku, sejak bila hati kau rapuh ni??)
Aku pergi kepada sahabat ku..
Dia la dulu yang pernah menasihatiku..
Dia la dulu yang pernah aku berkecil hati kerana tegurannya.
Tapi dia tetap berbaik dgnku..
Dan pada hari itu juga aku cari dia..

Tetapi aku xpernah membuang semua tegurannya..
Sebenarnya aku amek dan simpan..
Cuma mungkin hati aku keras lagi..
Dan aku mula meluahkan apa yang aku rasa selama ni..

Dan pada saat itu jugalah..
Aku sujud kepada Nya..
Aku mencari2 sesuatu..
Yang boleh menenangkan hatiku..
Dan mencari kegembiraan yang hakiki..

Aku sebenrnya mencari pintu taubat..
Aku sudah letih berada dalam dunia gelap
Aku letih mengikut jalan hitam..
Yer! Aku LETIH!!PENAT!!!
Penat ber'hipokrit' di hadapan Pencipta aku..
Penat berlawan dengan malaikat dan syaitan..

Aku penat berjalan mengikut jalan gelap...
Aku penat mengikut jalan yang kadang2 penuh dgn bunga2 dan kadang2 duri yang mencucuk diri sendiri..
Lantas, aku mencari lampu sendiri untuk keluar dari kegelapan..
Majalah jom yang sahabatku beli memang kena dengan diri aku..

Aku mula sedar kali ini, pemberian buku itu tidak langsung menyakitkan hati ku..
Sebaliknya, aku berasa gembira dan teruja untuk mengetahui isi dalamnya..
Mungkin hatiku sudah lembut...
Dan bermula dari situla..aku mula nmpak sesuatu..
Segala jawapanku terjawab..

Ape yang aku dapat ialah..
Orang2 yang ingin mencari petunjuk, Allah akan bgi petunjuk2 yang lagi banyak dri kita harapkan..
Dia akan memudahkan jalan kita..
Mungkin dia akan memberi rakan2 yang baik yang boleh menjadi cahaya kepada kita..
Itu semua atas pertolongan Dia.

Dan memang benar..janji Allah itu pasti.
Aku mencari rakanku yang agak lama tak berhubung..
Kenpa dia?
Kerana aku lihat dia sedang berada di jalan yang terang..
Dia sudah keluar dari jalan gelap..

Dan alhamdullilah..
dia menyambut baik salamku..
Dan aku dapat merasakan keikhlsan dia..
Aku berharap dia boleh membantu aku menjadi cahaya untuk jalan ku kali ni..

Aku harap kali ini hatiku betul2 tegar untuk tggalkan jalan gelap.
Di sambil aku nk mengambil keberkatan Ramadhan yang bkal menjelang xlama lagi..
Biarlah kali ini, aku menghabiskan waktu2 aku untuk membuat kebajikan.
Biarlah kali ini aku meninggalkan kejahilan2 yang sudah lama seronok bersamaku.

Biarlah kali ini aku berlari pecut mengejar diriNya
Bukan lagi merangkak
Jika yang pahit itu tetap berlaku dan tidak berubah..
Aku tidak cukup masa untuk berhenti dan mempersoalkan kpd dirinya

Maaf, aku kira aku sudah terlalu ketinggalan..
Aku kira  sudah lama Dia menungguku..
Aku takut pintu terang lagi indah tu tertutup
Aku takut Dia penat menungguku lalu meninggalkan aku berada di dunia gelap lagi..

Aku takut untuk disakiti lagi..
Aku takut ya Allah..
Cukuplah engkau untukku
Kurniakanlah mereka2 yang baik dan ikhlas disekeliling ku..

Pegangla aku kuat2 kali ini ya Allah..
Aku takut terlepas lagi..
Cukuplah engkau sebagai perantara aku..

amin ya Rabbal A'lamin..



6/28/12

saye perlukan orang yang arif !!

Assalamua'laikum.

agak lama dah tak menulis di sini..
ada sesuatu yang saye nak tulis di sini, kerana ia sering bermain di fikiran saye.
saye mencari2 jawapan yang tepat kerana ramai yg bertnya kepada saye ..
saye perlukan bantuan orang yang a'rif..oh Allah, ease me..i need u.

Disebabkan saya duduk di uia. Sudah tentu ramai yang sedia maklum tentang keadaan di uia bukan??
Maksud saya, muamalat kami di sini..
Lebih2 lagi kami dikelilingi golongan yg masyaAllah, baik2 belaka..
Dan ada juga yg sedang2 sahaja, tapi jgn menilai org,kerana Allah lebih layak menilai.

Story 1 :

Seorang bro dgn sis ni berkawan baik. One day, bro ni dah ade pilihan hati and dia betul2 rasa nak berubah ke arah kebaikan. Lantas, dia semakin kurang berhubung dgn sis ni..so, sis ni berkecil hati sebab bro ni dah x seperti dahulu. Tiada lagi gurauan sms, tanye kbar. Dahulu sis ni la tempat bro ni luahkan segala masalah. Tetapi, bro ni xlah melupakan frenship mereka cuma x berhubung lagi dan lebih menjaga ikhtilat dan muamalat..Bro ni sebenarnye risau jika bakal pilihan hati dia salah sangka tentang mereka dan memikirkan masa hadapan. Tetapi, sis ni xboleh terima, dia seolah2 kehilangan kawan, even ramai lagi kawan2 hawa dia. Dia rindukan bro ni. Dahulu dia boleh siap mmuah! love u! nyte! morning! . Keluar makn2 ramai2..Now, semua dah berubah..Bro ni bila berjumpa, agak segan dan serba salah nak menyapa seperti dahulu. Tapi dia xpernah membenci. Sis ni menangis kerana menyangka tiada salahnya berkawan dgn lelaki. Mereka hanya kawan rapat! Tak lebih! Bagi dia, bro tu seperti kacang lupakan kulit..Dia tetap berusaha menyambung kembali frenship tu. Dan bro itu serba salah kerana buat kwnnye sedih..Lama2 bro ini juga berkawan kembali kerana bgi dia tiada apa2 yg lebih selain kawan. Dia juga sebenrnya rindu akan frenship itu.Teman pilihan hati bro ini pula tertanya2 mengapa sampai begitu sekali?? Dia seorang yg menjga ikhtilat laki dan perempuan. Dia tiada kawan baik lelaki dan tidak juga keluar rmai2 dgn kawan2 laki dia. Jadi dia xdapt nak memahami situasi bro n sis ni..Bagi dia jika berkawan dgn berlainan jantina, dia perlu berhati2 dalm menjaga hati..Bagi dia, sampai bila mereka ingin rapat begini?? Ikhtilat itu penting, walaupun pada luarannya tidak ada ape2, tapi yang halus itu kita tidak tahu. Kadang2 benda yang halus itula yang menjadikan satu perkara menjadi susah pada masa hadpan. 

Inilah cerita yang kawan saya ceritakan kepada saya. Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak memberi nasihat...kedua2 sister ini kawan saya walaupun bukan kawan rapat. 

Jika saya bertanya kepada orang yg memang ada besfren laki dan perempuan, sudah pasti ini jawapannya.

" relax la weyh! kawan je kot. Kteorg xbuat ape2 la. Kteorg masih ada batas2, saling mengingatkan kearah kebaikan jugak kekadang. Kawan la, kawan..xbaik lupakan kawan. kawan baik mesti sntiasa bersama. Yang bakal dia pun kenpa nak queen control sgt?? Kalau dia berhubung dgn bro ni pun lagi zina hati. Aku  ni cuma syg dia as fren."

Jika saya bertanya kepada orang yg seperti teman pilihan hati bro ni pula pasti menjawab dgn begini.

" Hmm bgi saya baik kurangkan kerana bro itu perlu sedar yang dia akan menjadi imam kepada keluarga dia kelak. Isterinya pasti jeles nanti. Takut lama2 nanti lelaki ini akan jadi lebih serba salah untuk kurangkan frenship tu sebab dah lama sgt..Takut2 jugak lelaki ini lebih mendengar nasihat besfren perempuan dia dlm hal2 rumahtangga kerana telah terbiasa sejak sebelum kahwin dan akhirnya tidak mendengar nasihat isteri. Takut juga bro ni akan lebih mengingati kebaikan besfren dia drpd kebaikan isteri dia kepada dia. Dan yang paling takut, dia lebih menyebelahi kawan dari isteri. Maklumlah kalau besfren mane penah berkata yang buruk2 kepada kawan dia "


Apa2 pun insyaAllah saya akan mencari jwapan. Kak fatimah sharha pesan, kalau kita ingin mendapat kan nasihat tentang cinta. Jgnla bertanya pada seorang yang tidak mengenali Allah. Bertanya la kepada orang yang kenal Allah. Kerana ia akan membawa cinta itu dekat kepada Allah.

4/26/12

4/15/12

Janji Tetap Janji

#Bismillah~

First of all, aku rase sedih sebab orang yang aku selalu stalk kat blog dia dah buat private :(
Jadi aku hanya dapat stalk dia kat FB je, itupun kalau aku ingatla.hehe.

JANJI tetap Janji..

Janji dengan manusia
Kalau tak tunaikan?
Kita kena settle dgn manusia jugak.
Its sound easy right?
BUT remember, janji dengan manusia yang tidak ditunaikan akan mengakibatkan hilangnya rasa kasih kita terhadap orang tersebut.

(copy from ampac)

JANJI tetap Janji..

Janji dengan Allah
Kalau tak tunaikan?
"Saya berjanji, Demi Allah"

Kita kena berusaha untuk tunaikan jugak.
Allah Maha Adil, Dia tahu hambanyaa telah berusaha.
BUT, kalau memang sengaja tak tunaikan takut2 memakan diri sendiri.

#Wassalam.





4/14/12

cafe cinta~

#Bismillah..

10 april 2012.
malam tu ada talk pasal cafe cinta..
x lain xbukan, kak fatimah syarha and suami beliau dr farhan hadi.
first time jumpe dorng, memg rase terharu betul la. just imagine, org yg kte slalu stalk, tbe2 depan mata kite.
mcm pengantin baru.^^
kalah psangan2 artis yg wedding of the year, memg sgt sweet and rase best sgt kawin tu.
(#ok, sye xlayak kawin lagi)

jadi, harini saye nak share sikit2 ape yg saye dapat hari tu..

1. dr farhan ckap, ada 4 virus dosa.

pertama: sedih apabila kite buat dosa.
kedua: Biase apabila buat dosa.
ketiga: Lazat apabila buat dosa.
keempat: Pembela kepada dosa2 yg dilakukan.

2.Kesan apabila virus2 ni kite biarkan..

dr farhan ckp, memgla ada yg ckp " kami kawin je, bahagia je lepas kawin". BUT, si isteri ada rase curiga bila si suami lambat balik dari kerja.
nnti mula la, si isteri ckp, " aii, xkanla on call je tiap2 malam"
kak fatimah pulak ckp, bile nmpk si suami sedang berbalas msg, si isteri ckp " msg dgn siape, dgn kawan pejabat ke dgn buah hati baru"

so, betapa sygnye sebuah perkahwinan jika ada rase curiga mcm ni. Sepatutnye, pasangan suami isteri layak mendapatkan bahagia selepas berkahwin. Bukankah, slah satu nikmat berkahwin ialah, kite merasa tenang dan tenteram dgn psangan kite.

Bukan itu sahaja, kalau xda rasa curiga, nnti kemungkinan perangai anak2 kite jadi mcm ni jugak. Kite bahgia dgn pasangan kite tapi Tuhan bgi ujian pulak pda anak2 kite. Dan kite akn pening kepla dgn msalah anak2 kite. Nauzubillah~

Dan, wujudlah cemburu yang tak sepatutnye. Di manaa, bila suami pergi kerja, kite akan rasa curiga. Mula la bygkan suami kite di kelilingi nurse yang cntik2.
Dan, bile isteri bersiap cntik sikit, suami akan bygkan, dia pergi dating dgn org lain. Nauzubillah~

3. Kenapa ramai sgt org berkahwin lepas tu xbahagia dan bercerai??

jawapannye, mereka kenal pasangan mereka as a pacar NOT as a husband or wife.

4. Cara muslimah nak kenal bakal suami..

Boleh gune org tengah. TAPI ingat! gune la org tengah yg ada ciri2 tertentu juga.
Ikutla garis panduan Saidina Umar mencari org tengah.iaitu :

- org tengah tu pernah berjiran atau tak dgn org yang nak kite kenal tu.
-org tengah tu pernah mengadakan urusan dirham(duit) dgn org tu atau tidak.
-pernah bermusafir skali atau tak. ( sebab kite boleh lihat bagaimana dia menjaga solatnye walaupun sedang bermusafir).

5. Bila masa yang sesuai untuk mencari pasangan?

Ikut kondisi masing2..yang penting mensolehkan diri dahulu barula mencari yang solehah.
Begitu juga dgn wanita, solehahkan diri dahulu barula tunggu yang soleh. Ini kerana, Tuhan Maha Adil, dia akan memberi jodoh kite dgn org yg seperti kite juga. 

6. Apa jalan keluar kalau dah berjumpe yang berkenan di hati?

Kalau keadaan dah stable, pergilah kepda wali wanita itu untuk meminta izin. Penting untuk menghormati hak wali (ayah) wanita itu kerana dia yang menjaga dan membesarkan anaknye. Ketahuilah, untuk membesarkan anak perempuan lagi susah berbanding anak lelaki kerana ayah yang akan di soal di akhirat kelak. Thats why ayah akan melihat dahulu bakal suami untuk anak perempuannya. Jlan lain ialah, nikah khitbah. Jgn fikir ape org pikir, tapi pikir hukum.

7. Kenapa si ayah xbenarkan anak perempuan dia keluar dating?

Ini kerana, dia risau akan disoal di akhirat kelak tanggungjawab dia as a ayah. Klau dia benrkan, si ayah adalah seorang yang dayus. Nauzubillah~

8. Allah terima tak taubat org yang dah terlanjur?

Allah itu Maha Adil ,Maha Penyayang..Dia akan menerima taubat hamba2 Nya. Allah xpernah tinggalkan kite, tapi kite yang tinggalkan Allah. Kite tolak Allah ketepi bile senang, tapi kite cari Allah balik bile susah. Jadi siape yang xadil sebenynye?? Kita yang xadil. Tapi Allah Maha Penyayang, Dia terima kite balik bile kite cari Dia. 

Seorang ibu yang masih boleh menyusukan bby. Anak dia menangis sebab lapar sgt2. Si ibu ni, terus berlari mendapatkan bby dia, dia susukan bby dia, dakap bby dia, peluk bby dia, cium bby dia, pujuk bby dia.

Lalu Nabi nmpk situasi ini buat kuiz dgn sahabat2 dia.
Agak2 la, sggup tak si ibu ni campak anak dia dalam api??
Mestila tak kan..

Lalu, Rasul berkata.
" Allah sygkan hamba2Nya, lagi besar dari kasih syg seorang ibu kepada anak dia."


Kesimpulan dari talk ni.

Baru aku sedar betapa byk kekurangan dlm diri aku. Aku nakkan suami soleh, tapi diri sendiri xcube mensolehahkan diri. Dan aku nmpk betapa besnye kawin. Tapi bile kite betul2 jge hbungan kite sesama pasangan kite. Bercinta tak salah kerana ia fitrah. That y Hawa diciptakan untuk Adam. 

Aku tau aku xlayak nak ckp bende2 ni, tapi biarla bgi aku sedar. Sekurang2 nye aku tau.
Semua org nk bahagia kan bile berkahwin, xde sape yang ckp lepas kawin nk cerai, gado. Saye juga begitu. Saya nak perbaiki diri sndiri sebab nak jdi seorang isteri yang solehah. Saya nak jdi seorang isteri yang menyenangkan hati suami bukannye menyusahkan hati suami. Saye nk jdi seorang isteri yang sentiase memberikan hadiah senyuman yang paling manis ( even saye x cantik sgt) untuk suami, buknnye bermuka muram apabila penat.

Mungkin sekarang sye jadi seorang wanita yang menyusahkan seorang laki. Menyulitkan dan menyakitkan hati. Tapi saye mohon maaf atas semua itu. Kerana niat saye hanya satu. Saye nak kite bahagia selpas berkahwin. Saye nak awak syg sye dan bukannye benci saye bile kawin nnti. Buktinye, tiap2 hari saye berdoa untuk awak dan saye. Saye nak awak tau yang saye syg awak sgt2 and this is the way i luv u. Trust me and believe me..

Saye xmencari org yang perfect untuk diri saye, sebab saye pun xperfect. Tapi xsalah kalau kite masing2 perbaiki diri sendiri. I dun mind if u've  history because i've my own history too...Jgn rase sedih dgn history awak, sebab maybe awak xtau history saye lagi. Dan maybe Allah xtunjuk je my bad history.

Saye tau awak boleh jadi seorang laki yang baik. yang soleh. yang boleh guide saye. Thats all.
Ape yg org ckp tentang kite xpnting, tapi lagi pnting kite jge diri kite sndiri. Saya hanye ingin memudahkan tggungjawab awak as a husbnd, future nnti. Kalau saye buat salah tegur saye. Seorang perempuan risau untuk menegur seorang lelaki kerana mereka menghormati kepimpinan yang ada pada lelaki.

Akhir kata..wassalam~







4/8/12

hatred can solve everything, yes or no?

the answer is NO.
because 
i cant hate u..

because u are my yesterday,today, and tomorrow.


3/13/12

jom bace ni..

21 Rupa MANUSIA Ketika
Di Alam Kebangkitan…

Maka sedarlah dan
tahulah mereka bahawa
mereka berada ditempat
yang dijanjikan kiamat.

Lantas mereka berkata:

“Inilah dia sebagaimana
yang telah Allah janjikan
dan inilah menunjukkan
kebenaran para Rasul.”

Seperti yang telah Allah
sebutkan dalam Al-Quran:
“Mereka berkata: Aduhai
celakanya kami! Siapakah
yang membangkitkan
kami dari kubur tempat
tidur kami?, Lalu
dikatakan kepada
mereka: “Inilah dia yang
telah dijanjikan oleh
Allah Yang Maha
Pemurah dan benarlah
berita yang disampaikan
oleh Rasul-rasul !”

(Yassin, Ayat: 52)

1. Sesetengah mereka
ada yang berupa kera
kerana di dunia mereka
suka membuat fitnah
kepada orang lain.

2. Ada yang berupa
khinzir kerana suka
makan rasuah ketika
menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata
kerana keterlaluan pada
menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan
bisu kerana mereka
hairan dengan amalan
yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir
daripadanya nanah dan
darah yang amat busuk
dan sentiasa menikam-
nikam lidah sendiri.Ini
adalah kumpulan ULAMA
yang bercakap dan
mengajar tetapi
perbuatannya tidak sama
dengan apa yang
diucapkan.

6. Ada pula yang luka-
luka seluruh badan
kerana suka menjadi
saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki
mereka terletak didahi
dan terikat kepada ubun-
ubun mereka serta
menjadi sangat busuk,
lebih busuk daripada
bangkai. Mereka adalah
orang yang sanggup
membeli dunia dengan
akhirat (mencari
kemewahan dunia
dengan memperalatkan
agama).

8. Ada seperti orang
mabuk, rebah ke kiri,
rebah ke kanan
terhuyung-hayang.
Mereka inilah yang
sanggup menyimpan
harta dari belanjakan ke
jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan
benar-benar
mabuk,orang ini suka
bercerita-cerita dalam
masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa
khinzir kerana suka
makan harta riba.

11. Ada yang tidak
bertangan dan tidak
berkaki. Mereka ini suka
menyakiti orang-orang
sekampungnya.

12. Ada yang berupa
khinzir kerana mereka
mempermudah-
mudahkan sembahyang
lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit
dengan perut mereka
penuh dengan ular dan
kala jengking yang
sentiasa mengigit-gigit
dan menyengat-nyengat.
Mereka ini di dunia payah
hendak mengeluarkan
zakat.

14. Ada yang berkeadaan
dimana darah yang amat
busuk sentiasa keluar
dari mulut mereka.Orang
ini suka berbohong dalam
perniagaan.

15. Ada yang sampai
terasing daripada
manusia serta badannya
sangat busuk dari
bangkai. Mereka ini suka
menyembunyikan maksiat
kerana takutkan
manusia,tidak takut pada
Allah.

16. Ada yang terpotong
halkum,keadaannya
tercerai dari leher. Orang
ini selalu sanggup untuk
bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari
kubur tiada berlidah dan
mengali darah busuk dari
dalam mulutnya. Orang
itu malas mengucap
kalimah syahdah.

18. Ada pula yang
berjalan dengan kepala di
bawah dan kaki di atas
langit.Darah dan nanah
sentiasa mengalir dari
kemaluan
mereka.Mereka itu suka
berbuat zina semasa
hidup.

19. Ada yang berkeadaan
muka hitam dan perutnya
penuh dengan api
neraka.Mereka ini suka
memakan harta anak
yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun
dengan mengidap
penyakit kusta dan
sopak. Mereka inilah
yang derhaka terhadap
kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka
seperti tanduk lembu,
lidah mereka terjelir
hingga ke perut, najis dan
kencing sentiasa keluar
dari perut mereka.
Mereka adalah orang
yang suka meminum
arak.

RUPA KITA YANG MANA
SAHABAT
SEKALIAN????..



p/s : copy fom FB..=)